Al-Ikhsan Sports sasar buka 35 cawangan baharu

Al-Ikhsan Sports sasar buka 35 cawangan baharu

VACH PILLUTLA (kiri) bersama Brian Ooi pada majlis pelancaran pengalaman dalam kedai Al-Ikhsan Sports x ComeBy di cawangannya di The Curve, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruncit barangan sukan, Al-Ikhsan Sports menyasarkan untuk membuka antara 30 hingga 35 cawa­ngan baharu setiap tahun melibatkan perbelanjaan model (capex) sehingga RM10 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Vach Pillutla berkata, capex tersebut termasuklah pembukaan cawangan, pemasaran, produk dan lain-lain.

Katanya, syarikat kini sudah mempunyai kira-kira 190 cawangan di seluruh negara dan sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan cawangan dan meningkatkan penguasaan dalam pasaran.

“Kami belum ada lagi cawa­ngan di Malaysia Timur. Jadi, pelan kami pada tahun depan adalah untuk mengembangkan cawangan kami ke sana.

“Pelaburan untuk pembukaan 35 cawangan baharu setiap tahun adalah sekitar RM8 juta hingga RM10 juta. Ini termasuklah untuk pembukaan cawangan, pemasaran, produk dan lain-lain lagi,” katanya ketika ditemui di cawangannya di The Curve, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandata­ngani perjanjian persefahaman (MoU) dengan platform analitik runcit, ComeBy untuk memanfaatkan data, memahami kehendak dan keperluan pe­langgan, mengoptimumkan ope­rasi kedai serta memacu pertumbuhan hasil dengan lebih efektif.

Sementara itu, Vach berkata, Al-Ikhsan Sports yang kini mempunyai 40 penguasaan pasaran dalam segmennya me­ngunjurkan meningkatkan lagi sebanyak empat hingga lima peratus menjelang akhir tahun ini.

“Sebagai peneraju dalam pasaran, anda sama ada boleh gembira untuk berada di ke­dudukan tersebut atau pun cuba untuk menjadi lebih baik.

“Apa yang penting adalah untuk menawarkan kepada pelanggan apa yang mereka mahu. Ini seterusnya akan membuat mereka untuk kembali ke kedai kami.

“Saya rasa penguasaan pasaran akan berlaku dalam satu tempoh masa. Jika boleh, kami ingin meningkatkan lagi (pe­nguasaan pasaran) dalam empat hingga lima peratus dalam tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×