Putra tak mahu kerjasama dengan parti lain - Utusan Malaysia

Putra tak mahu kerjasama dengan parti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Kedah mahu meletak ramai calon berketrampilan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, peluang Putra memenangi pilihan raya itu lebih cerah kerana calon daripada parti-parti lain masih bertelingkah sesama sendiri dalam beberapa perkara.

“Pada PRU-15 ini, Putra mahu mengetengahkan ramai calon berwibawa dan berpengalaman untuk diketengahkan termasuk bakal mengisi jawatan menteri besar.

“Kita nampak dengan jelas pada PRU-15 nanti bakal berlaku pertandingan lebih dua penjuru kerana UMNO dan Bersatu tidak lagi bersefahaman, jadi Putra tampil untuk membuat pelbagai perubahan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, Putra tidak akan bersama dengan mana-mana parti lain dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

Jelasnya, parti itu menawarkan alternatif kepada rakyat sebagai blok ketiga selepas timbul masalah dalaman melibatkan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) yang semakin serius.

“Pada PRU-15 kali ini, kita ambil keputusan untuk menolak bergabung sama ada UMNO atau Pas, setelah masing-masing mempunyai rekod tidak baik termasuk gagal dalam banyak hal ke arah membela nasib rakyat,” katanya.

Selain itu Mustaffa memberitahu, parti itu juga bakal meletak calon bukan Melayu iaitu mewakili Kelab Penyokong Putra di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×