Mampukah MUDA jadi kuasa ketiga?

Mampukah MUDA jadi kuasa ketiga?

WALAUPUN parti-parti kecil seperti MUDA mempunyai idealisme, ia tetap sukar bagi mereka untuk membina kekuatan signifikan sebuah kuasa ketiga. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan 19 calon di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu. Dalam pertarungan dengan gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), hasilnya kesemua calon MUDA kehilangan wang deposit.

Walaupun tindakan MUDA ini boleh dianggap sebagai perbuatan agung, namun kekalahan ini tidak semestinya merupakan keputusan politik yang bijak.

Di Malaysia, persekitarannya berbeza dengan Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan, sistem parallel voting tidak diterapkan. Pengundi tidak hanya memilih wakil rakyat mengikut kawasan tetapi juga mempunyai satu undi tambahan untuk memilih parti politik melalui sistem proportional representation.

Malah di Malaysia, kita mengamalkan sistem first past the post. Dalam sistem ini, pengundi cenderung memilih parti atau calon yang mampu memberikan jaminan manfaat kolektif maksimum. Ini menyebabkan gabungan besar atau parti besar berpeluang lebih tinggi untuk mendapatkan undi.

Tambahan pula, kerana Malaysia adalah negara yang kompleks dengan konflik sosial terutama berkaitan etnik, agama, geografi dan kelas, pengundi dari pelbagai latar belakang cenderung memilih parti yang dianggap paling ‘selamat’ bagi kaum masing-masing.

Oleh itu, walaupun parti-parti seperti MUDA, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan parti-parti kecil lainnya mungkin mempunyai idealisme, ia tetap sukar bagi mereka untuk membina kekuatan signifikan sebuah kuasa ketiga (third force).

Berita baiknya pula, pilihan raya tempatan (local election) boleh menjadi pentas kepada parti-parti kecil seperti MUDA untuk berkembang. Namun begitu, kerajaan BN pada 1970-an mengubah Perlembagaan Persekutuan untuk menghentikan pilihan raya tempatan dengan alasan mencegah ancaman komunisme dan mengawal sentimen perkauman.

Selepas hampir 50 tahun kemudian, komunisme bukan lagi isu utama dalam arena politik. Penduduk utama bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka, Kuantan, Kota Bharu, Seremban, Ipoh, Taiping dan Kota Kinabalu tidak lagi didominasi bukan Melayu. Kerajaan tiada keabsahan terhadap pilihan raya tempatan.

NGO

Sehubungan itu, MUDA seharusnya bekerjasama dengan parti-parti lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendesak pelaksanaan pilihan raya tempatan. Ini akan membolehkan MUDA mempunyai kestabilan serta menggerakkan pergerakan di peringkat akar umbi, bukannya tergesa-gesa dalam pilihan raya, contohnya, PRN di enam negeri pada 12 Ogos lalu.

Dalam tempoh jangka pendek, MUDA mungkin sukar untuk pulih. Kerajaan perpaduan mungkin tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya tempatan dalam penggal ini. Namun, dengan menekankan isu ini, MUDA mempunyai nilai dalam arena politik tempatan jika mereka menyertai pilihan raya kecil (PRK) pada masa depan, keadaan mereka pastinya akan lebih baik dari sekarang.

Selain itu, ada banyak isu rakyat yang dapat meningkatkan populariti MUDA. Sebagai contoh, parti itu melancarkan petisyen untuk menghapuskan Akta Universiti dan Kolej 1971 dan mencadangkan peningkatan gaji minimum. Berbanding parti-parti besar, parti kecil seperti MUDA tidak memiliki beban politik yang berat, maka mereka dapat bersuara secara aktif dalam isu-isu tertentu, terutama penyokong PH yang berkongsi spektrum politik serupa. Golongan ini boleh melihat MUDA sebagai wakil yang lebih mampu mewakili kehendak mereka berbanding PH.

Sebagai parti yang mengamalkan pendekatan progresif, hanya bergantung kepada calon tidak akan memperoleh kemenangan. MUDA perlu mencari atau mencipta naratif negara yang mendahului PH, BN dan PN bagi menyampaikan kepada semua rakyat mengenai pendekatan MUDA dalam membangunankan negara.

Sementera itu, MUDA tidak perlu mengendalikan emosi etnik dan agama seperti parti-parti lain tetapi perlu memberi tumpuan ‘apa kerja yang anda boleh lakukan untuk negara ini.’

Jika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki kepemimpinan yang cukup berwawasan dan berwibawa, walaupun memutuskan berpisah dengan PH, Presiden MUDA itu tidak perlu menghantar calon menentang PH dalam PRN di enam negeri. Sebaliknya, Syed Saddiq sepatutnya memberi tumpuan kepada pengembangan nilai diri, membina kekuatan akar umbi dan mengangkat isu-isu yang menekan parti besar. Secara beransur-ansur, beliau boleh membina platform sendiri dan menanti peluang dalam PRK untuk menunjukkan kemampuan.

Oleh kerana saingan ini tidak memberikan impak besar terhadap landskap politik, kerajaan perpaduan dan PN tidak mempunyai alasan keabsahan untuk menawan suara rakyat. Dalam konteks ini, para pengundi akan diberikan ruang bagi menilai sama ada untuk memberikan undi kepada MUDA.

Memang benar suasana politik di Malaysia tidak bersahabat atau ‘tidak mesra’ terhadap MUDA dan parti-parti kecil lainnya. Walaupun begitu, MUDA masih memiliki peluang menjadi pilihan utama pengundi pada masa hadapan dengan syarat-syarat kepimpinan mereka mempunyai ketahanan, keinginan dan kebijaksanaan untuk mencari jalan yang betul dan berjuang dengan penuh keberanian. – UTUSAN

PENULIS ialah lulusan ijazah ssarjana politik dari Universiti Soochow, Taiwan dan kini penganalisis politik tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×