Cabaran Mazwan pertahan Sungai Ramal

Cabaran Mazwan Johar pertahan Sungai Ramal

Mazwan Johar (tengah) menyantuni orang ramai dalam kempen beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah
Selepas menangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Sungai Ramal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, Mazwan Johar sekali lagi dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) di kerusi sama dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau bakal bertembung dalam pertarungan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Shafie Ngah.

Mazwan berkongsi harapan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KAMARIAH KHALIDI dalam usaha pertahan DUN Sungai Ramal.

Mingguan: Apakah Mohd Sha­fie Ngah bakal beri saingan hebat?
MAZWAN: Orang ramai selalu salah faham, mereka ingat Ustaz Shafie tewas kepada saya pada PRU14 tetapi sebenarnya saya berlawan dengan Nushi Mahfooz.

Memang Ustaz Shafie ada ‘track record’ sebagai wakil rakyat dari 2013 hingga 2018 bagi DUN Bangi, namun perlu diingat saya penyandang kerusi.

Keyakinan untuk pertahan DUN Sungai Ramal?
Respon pengundi sejak bermulanya kempen sehingga kini, saya lihat ada sedikit kelebihan berpihak kepada saya kerana di atas kertas memang jumlah undi saya mengatasi lawan pada PRU14. Ini ditambah pula de­ngan gabungan baharu PH dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimana sokongan pengundi muda?
Pengundi muda tidak dinafikan adalah segmen pengundi yang menjadi cabaran besar buat kesemua parti yang bertanding. Masing-masing sedang mencari formula bagaimana untuk me­raih sokongan golongan ini.

Selalunya kita kaitkan mereka dengan aktiviti lasak dan bersukan, kita fikir selalu begi­tulah. Tetapi itu pun tidak mudah untuk kita dekati walaupun sudah mencari di padang bola dan gelanggang badminton.

Saya dapati golongan muda ini kerap bermain media sosial terutamanya waktu tengah malam, jadi buat masa ini kita cuba berhubung dengan mereka melalui platform tersebut.

Apa yang akan direalisasikan jika dipilih sekali lagi?
Ada dua perkara yang belum disempurnakan iaitu masalah kesesakan trafik memandang­kan kawasan ini pesat membangun dan infrastruktur awam tidak selari dengan kemajuan serta pertambahan penduduk.

Yang kedua adalah bilangan sekolah yang tidak mencukupi untuk anak-anak di kawasan ini, tapak sudah ada, cuma sekolah belum dibina. Masalah kepadatan murid adalah paling me­runcing, contohnya Alam Sari dan Bangi Avenue merupakan kawasan yang pesat membangun tetapi sebuah sekolah pun tiada. Justeru, dua aspek ber­kenaan akan dititik beratkan.

Bagaimana isu banjir yang sering melanda Sungai Ramal?
Banjir yang paling teruk adalah di Kampung Bangi akibat limpahan air Sungai Semenyih dan Sungai Bangi. Untuk itu kita sudah menaik taraf ban menjadi lebih kukuh, besar dan lebar di tebing sungai. Kini masalah itu sudah selesai. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×