Abdul Hakim mahu selesaikan isu banjir di Lendu

Abdul Hakim mahu selesaikan isu banjir di Lendu

Abdul Hakim Abdul Wahid (kiri) menyantuni peniaga di pekan Masjid Tanah, Melaka, semalam. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Penyelesaian isu banjir yang sekian lama membelenggu penduduk merupakan tekad calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid jika diberikan mandat oleh pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika ini.

Bekas Setiausaha Politik Ke­tua Menteri itu berkata, isu banjir di kawasan itu memerlukan penelitian serta penyelesaian secara menyeluruh supaya tidak lagi menggusarkan masyarakat setempat.

“Masalah banjir memang antara isu utama di kawasan ini. Saya perlu meneliti, melihat dan mengambil tindakan secepat mungkin bagi menangani permasalahan yang dihadapi penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mahu berjanji sesuatu yang belum pasti dapat dilaksanakan kerana penyelesaian masalah, khususnya banjir, memerlukan proses panjang, sistem pengurusan yang betul serta kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni peniaga di pekan Masjid Tanah di sini semalam.

Abdul Hakim dalam pada itu berkata, beliau tidak mahu sekadar membuat janji manis kepada pengundi sebaliknya akan berusaha sedaya upaya memastikan segala keperluan masyarakat diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya.

Menurutnya, kesinambu­ngan pembangunan yang telah dilaksanakan kepemimpinan terdahulu wajar diteruskan selain memastikan permasalahan penduduk tidak dipinggirkan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah berkata, keutamaannya ketika ini adalah mendekati seramai mungkin pengundi bagi memperkenalkan diri serta menjelaskan tawaran BN kepada masyarakat.

Katanya, beliau menyedari bukan semua penduduk me­ngenalinya secara dekat justeru tempoh kempen perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendengar sendiri suara dan keluhan rakyat.

“Saya akan terus bekerja dan berjumpa seramai mungkin pengundi untuk memohon sokongan mereka kerana sebahagian penduduk mungkin mengenali saya manakala sebahagian lagi belum.

“Jadi, saya perlu memper­kenalkan diri kepada masyarakat setempat serta menjelaskan kesediaan saya menawarkan diri sebagai calon BN,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini