
AISYAH SOPHIA MUHAMAD ADAM (2 tahun enam bulan)
Aisyah Sophia seorang puteri yang sangat aktif, suka berenang dan bersolek. Pantang jumpa alat solek, pandailah dia bergaya dan make-up.
Puteri sulung pasangan Muhamad Adam Mustafa dan Nadiah Abd. Rahman ini bukan sahaja manja tetapi riuh mulutnya.
Semoga Aisyah Sophia mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

DINARA FAHEMA RIDUWAN (5 tahun)
Anak kepada pasangan Riduwan Iskandar dan Siti Zarinah Sahib, arif mengenai pemakaian pelitup muka.
“Elakkan keluar rumah. Jaga jarak dan sentiasa pakai pelitup muka. Semoga kita dilindungi daripada Covid 19 dan dapat bersama keluarga yang jauh selepas ini”.
Pesannya sewaktu gambar ini diambil untuk dikongsi bersama pembaca Seri.
MUHAMMAD NAZMI FAIZ KHAIRI TARMIZI (6 tahun)

Gemar bergaya dan bijak posing.
Mudah mesra dan menggembirakan orang sekeliling. Anak umi, Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah dan abah,
Khairi Tarmizi Abdul Khalid moga berjaya dunia dan akhirat.

YUSUF AIDAN MUHAMMAD ASHRAF (4 tahun)
Anak kesayangan Nas Norziela Nasbah dan Muhammad Ashraf Atan sememangnya manja. Pengubat hati mama.
Satu ucapan terbaik buat Yusof: “Hati seorang ibu, adalah ruang kelas tempat seseorang anak belajar”.










