Sofa konsep alam percik ketenangan - Utusan Malaysia

Sofa konsep alam percik ketenangan

Pilihan warna lembut mudah dipadankan dengan pelbagai warna dinding.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Konsep alami atau bertemakan alam semula jadi semakin menjadi pilihan penggemar dekorasi kediaman masa kini.

Konsep berkenaan yang menggunakan warna-warna lembut pada perabot dan dinding mampu menghidupkan suasana segar dan nyaman.

Amat sesuai terutamanya bagi pemilik kediaman di kawasan bandar yang inginkan ketenangan selepas seharian bekerja.

Antara elemen penting dalam menggarap konsep semula jadi pada satu-satu ruangan adalah sofa.

Sofa boleh diibaratkan sebagai nadi pada ruang tamu terutamanya bagi melengkapkan suasana sekali gus menjadikan ruang tampak lebih praktikal.

Sofa terbaharu daripada Fuku Studio, Teno Sofa antara yang sesuai untuk melengkapkan tema alam semula jadi.

Produk yang baru sahaja dilancarkan itu dilengkapi dengan elemen kayu, menjadikannya lebih estetik selain padanan warna lembut yang menenangkan.

Konsep sofa berkenaan berasal daripada perkataan Jepun, Tenno bermaksud maharaja, tokoh utama dan simbol perpaduan bagi masyarakat dari negara matahari terbit itu.

Ia selari dengan peranan sofa yang merupakan antara elemen penting bagi kediaman sebagai tempat beristirehat dan bersantai untuk keluarga.
Selain cantik, ia turut direka khas dengan bahan premium untuk tahan lama.

Sofa modular itu hadir dengan pelbagai saiz serta 20 susunan berbeza memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai selain dapat disesuaikan pada saiz ruangan berbeza sama ada pada kediaman pangsapuri atau banglo bersaiz besar.

Diperbuat daripada busa lateks, ia memberikan lebih keselesaan dan juga ergonomik untuk pengguna terutamanya yang banyak menggunakan sofa untuk merehatkan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×