‘Hati saya masih terusik, sebak, sayu’

‘Hati saya masih terusik, sebak, sayu’

HABIBAH Ismail masih menyimpan surat khabar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita tragedi MH17 pada Julai 2014 di rumahnya di Kampung Kelompang, Alor Setar, Kedah. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Selepas sembilan tahun berlalu, ibu kepada Azrina Yakob, ketua pramugari pesawat Malaysia Airlines MH17 masih menaruh harapan agar pemergian semua mangsa termasuk anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurut Habibah Ismail, 74, walaupun hampir sedekad insiden menyayat hati itu berlaku hatinya masih te­rusik setiap kali tarikh 17 Julai tiba.

“Hati saya masih terusik, sebak dan sayu. Setiap kali teringat arwah, air mata akan jatuh. Begitu juga adik-beradik Azrina. Kakak sulung arwah telefon mengingatkan tentang hari ini.

“Saya cakap, tentulah mama ingat. Apa yang saya harap sama seperti keluarga mangsa lain adalah pengadilan ke atas tragedi ini selesai dan tak ada apa-apa konflik lagi yang timbul apatah lagi setelah penjenayah sudah menerima hukuman,” katanya ketika ditemui di Kampung Kelompang di sini, semalam.

Menurut Habibah, ketika ini hanya gambar Azrina yang berusia 50 tahun jika masih hidup itu menjadi pengubat rindunya.

“Nasib baik arwah suami ketika hayatnya suka kumpul gambar-gambar keluarga kami termasuk gambar Azrina. Bila rindu, gambar itu sahaja yang saya ada untuk ubati rindu.

“Saya tahu semua daripada kita akan meninggal dunia nanti tetapi mengenangkan cara kematian arwah saya jadi sebak. Atas sebab itu susah nak lupa apa yang mereka buat dan berdoa agar keadilan untuk anak saya dan semua mangsa akan terbela satu hari nanti,” katanya.

Katanya, saat sendirian menjalani kehidupan setelah kematian suaminya dua tahun selepas Azrina maut dalam insiden itu, Habibah mengambil peluang mendalami ilmu agama dan beramal ibadat sebaik mungkin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×