Pengumuman gaji penjawat awam akan dinaik dorong harga barang mahal - Utusan Malaysia

Pengumuman gaji penjawat awam akan dinaik dorong harga barang mahal

PEMANTUAN perlu untuk elak kenaikan harga barang selepas peningkatan gaji penjawat awam.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengumuman kerajaan untuk menyemak gaji penjawat awam dikhuatiri mendorong kepada kumpulan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penasihat utama di Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Oh Ei Sun berkata, kumpulan yang mengambil kesempatan atau oportunis itu perlu dipantau sepanjang masa.

“(Kenaikan gaji penjawat awam) akan mendorong (pe­ningkatan harga barang) jika gaji lebihan dibazirkan dengan membeli dan bukan penyimpanan atau pelaburan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, kenaikan gaji sektor awam harap dapat mengurangkan keperluan untuk menerima suapan dan seterus­nya membasmi rasuah.

“Tetapi kenaikan gaji juga mesti diiringi oleh sebuah sistem penilaian prestasi yang komprehensif, supaya penerimaan gaji yang lebih tinggi adalah selari dengan pencapaian yang memuaskan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut beliau, pendidikan kewangan dalam kala­ngan penjawat awam juga perlu diperkukuhkan agar mereka mempunyai pengetahuan da­lam menguruskan pendapatan mereka.

“Supaya mereka yang mendapat gaji yang lebih tinggi bukan sahaja membazirkannya dengan barang-barang yang tidak diperlukan, tetapi disimpan atau di­labur untuk mendapat keuntu­ngan yang lebih tinggi,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan, mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini akan menye­mak semula skim gaji perkhid­matan awam selepas tiada kenaikan diberikan bagi suatu tempoh agak lama. Oleh itu, kerajaan akan menubuhkan pa­sukan mengkaji dan memberikan cadangan bagi meningkatkan skim gaji penjawat awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×