PN Selangor dakwa ada formula tembusi kubu kuat PH

PN Selangor dakwa ada formula tembusi kubu kuat PH

PN Selangor
AFIF Bahardin (tengah) ketika sidang akhbar di ibu pejabat PN Selangor, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) Selangor mendakwa mempunyai peluang yang sama rata dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menembusi kawasan kubu kuat parti tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan terdapat isu setempat dan pertikaian prestasi wakil rakyatnya.

Malah, gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan itu percaya mempunyai formula untuk menawan kerusi dilabel mereka sebagai ‘hitam’ atau sukar ditembusi yang dikuasai oleh penyokong ‘totok’ DAP.

Setiausaha PN Selangor, Dr. Afif Bahardin berkata, hal ini dapat dibuktikan peralihan sebahagian besar pengundi di negeri ini yang mengundi calon gabungan partinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Kami agak terkejut apabila menang di Parlimen Kapar dan Hulu Selangor yang sebelum ini dikuasai PH. Justeru itu, tidak mustahil akan berlaku kejutan seperti yang terjadi pada PRU15 sekiranya kita meletakkan calon serta melaksanakan strategi yang betul,” katanya dalam sidang akhbar, semalam. 

Beliau menambah, kemajuan PN dalam pilihan raya lalu disokong oleh pengundi yang terdiri daripada golongan muda atau pengundi baharu dianggarkan kira-kira 50 peratus.

Justeru, beliau melihat peluang bagi memenangi kawasan DUN yang dikuasai PH seperti di 12 kerusi DUN dikuasai DAP iaitu Sekinchan, Kuala Kubu Bharu, Dusun Tua, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.

“Kita akan menampilkan calon yang boleh menang di kawasan ini, tapi kita tak boleh dedahkan siapa calon itu sekarang ini. Siapa yang akan jadi calon akan diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×