SAUDARA PENGARANG,
SEKTOR pendidikan juga tidak terkecuali dalam mengubah haluan pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Selain sekolah kerajaan, sekolah swasta turut melalui pelbagai isu ketika ini ekoran arahan kawalan pergerakan yang sekali gus mempengaruhi ekonomi dan kewangan.
Tidak dinafikan norma baharu pendidikan perlu diterima dengan hati terbuka termasuk memperkecilkan bilangan pelajar di dalam kelas bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pelajar.
Sistem pembelajaran secara maya melalui Google Meet dan Zoom mungkin satu-satunya cara bagi memastikan pelajar tidak tercicir dalam pembelajaran, pun begitu, proses ini tidak memberi jaminan keberkesanan pendidikan.
Ini kerana masih lagi ramai pelajar terutama di luar bandar yang tercicir akibat kekangan dari segi infrastuktur dan gajet selain segelintir pelajar mengambil mudah inisiatif tersebut dengan tidak menghadiri kelas.
Oleh itu, langkah yang paling berkesan adalah menggalakkan pelajar untuk belajar dari rumah atau lebih dikenali home school sebagai pilihan terutama bagi ibu bapa yang telah hilang kepercayaan terhadap sistem persekolahan awam tetapi tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah swasta.
Selain itu, pihak sekolah juga wajar mempertimbangkan mengurangkan pembayaran yuran bagi ibu bapa yang terjejas akibat pandemik tersebut.
ADAM MUDZAFFAR MOHD. YUSOF
Pelajar Sarjana Muda Fakulti Komunikasi dan PPengajian Media
Universiti Teknologi Mara (UiTM)










