Penyertaan lebih 1,000 ahli UMNO, Pas Kelantan rujuk pusat

Penyertaan lebih 1,000 ahli UMNO, Pas Kelantan rujuk pusat

Wan Roslan Wan Hamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan akan merujuk kepimpinan di peringkat pusat mengenai lebih 1,000 ahli UMNO yang dikatakan akan bersama-sama dengan Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyertai parti itu sebagaimana pengumuman dibuat tokoh berkenaan baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausahanya Wan Roslan Wan Hamat berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

“Oleh itu, saya tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut berkait perkara berkenaan termasuklah penyertaan Annuar ke dalam Pas.

“Saya sendiri mengetahui berkenaan perkara itu melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak media,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Roslan memberitahu, penyertaan Annuar itu memberi kelebihan kepada Pas sebagai sebuah parti politik sekali gus mampu mengukuhkan kedudukan di negeri ini.

Katanya, penerimaan keahlian baharu juga bersesuaian dengan konsep dakwah kerana Islam sendiri menganjurkan umatnya untuk mengalu-alukan sesiapa yang ingin bersama-sama di jalan Allah.

“Orang sudah mahu bersama kita dan turut serta dalam perjuangan kita… takkan kita nak menolak. Jadi kita terima dan mengalu-alukan kedatangan mereka untuk bersama-sama dengan kita,” ujarnya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, Annuar mengesahkan sudah menghantar borang permohonan menyertai Pas bulan lalu bersama lebih 1,000 ahli UMNO lain. 

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memutuskan menyertai Pas selepas lebih enam bulan meneliti secara dekat dan mendalam suasana politik negara mutakhir ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×