15 kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat hujan, ribut - Utusan Malaysia

15 kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat hujan, ribut

POKOK berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah tumbang akibat hujan dan ribut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 15 kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara ekoran hujan lebat dan ribut sejak pukul 7 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari pukul 7.30 malam hingga 8 malam berkaitan kejadian itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sebanyak 19 buah kenderaan termasuk lima motosikal mengalami kerosakan teruk apabila dihempap pokok di 10 lokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara yang terkesan di Jalan Kampung Attap berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah; Bukit Persekutuan, tiga di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.

“Selain itu, turut berlaku kejadian pokok tumbang di Flat Danau Kota, Wangsa Maju sehingga mengakibatkan dua kereta dihempap.

“Kita juga menerima laporan di Taman Bukit Angkasa, Kepong, Setapak, Bukit Kiara, Bukit Bintang dan Bandar Tasik Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa terlibat.

“Kerja-kerja mengalih dan membersihkan pokok tersebut sedang dijalankan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini