Irfan menang emas dalam ‘bengang’

Irfan menang emas dalam ‘bengang’

MUHAMMAD Irfan Shamsuddin melakukan lemparan emas dalam aksi lempar cakera lelaki Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsu­ddin kecewa terhadap mutu pengadilan Sukan SEA Kemboja 2023 selepas pihak juri  menidakkan balingannya yang patut memecah rekod temasya.

Sejak merangkul emas pertamanya pada usia 18 tahun di Naypyitaw, 10 tahun lalu, langkah atlet kelahiran Negeri Sembilan itu semakin gagah apabila dia mempertahankan kejuaraan lempar cakera lelaki semalam.

Irfan yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.55 meter (m) mempertahankan emas dengan lemparan 57.83 meter (m).

Dia mengetepikan dua pencabar dari Thailand, Kiadpradid Srisai (51.89m) dan Bandit Singhatongkul (50.02m).

Mengetahui bahang cuaca panas di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Irfan pasang strategi untuk menghabiskan saingan seawal bali­ngan pertama.

Bagaimanapun balingannya yang dipercayai memecahkan rekod Sukan SEA iaitu sejauh 59.50m tidak diiktiraf.

“Pada mula saya baling, saya ingat tiada masalah, sebab memang saya hendak baling sejauh mungkin pada balingan pertama kerana cuaca panas di sini beri kesan kepada saya.

“Tetapi pihak teknikal yang bertugas gagal menjalankan tugas dengan apabila bendera putih tidak dinaikkan, justeru menyangka balingan yang dibuat saya batal.

“Justeru saya sarankan kepada pihak penganjur untuk mencari orang yang berkelayakan untuk mengendalikan acara sukan penting sebegini, dan bukannya sekadar mencari sukarelawan,” jelas Irfan.

Atlet berusia 27 tahun ini mengakui terganggu dengan insiden itu, namun tetap berupaya membuat balingan sejauh 57.83m untuk meninggalkan pencabar lain, sekali gus memenangi pingat emas keenam berturut-turut. 

Pingat perak menjadi milik atlet Thailand, Kiadpradid Srisai (51.89m) manakala rakan senegaranya Bandit Singhatongkul meraih gangsa (50.02m). 

Sebagai rekod, Irfan mula menguasai acara itu sejak edisi di Nay Pyi Taw pada 2013 sebelum mempertahankannya di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017), Manila (2019), Vietnam(2022) dan terbaru adalah di Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×