ICON terima kontrak PCSB

ICON terima kontrak PCSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Icon Offshore Berhad (ICON) memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) untuk penyediaan kapal tunda pengendalian sauh dengan anak kapal dan peralatan untuk perkhidmatan selama 24 jam.

ICON dalam kenyataannya berkata, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Icon Offshore Group Sdn. Bhd.

Katanya, perkhidmatan tersebut akan digunakan untuk menyokong dan menyelenggara pelantar penggerudian, pemasangan luar pesisir, tongkang derik, menunda dan kerja berlabuh yang diperlukan oleh PCSB semasa aktiviti penggerudian dan projek mereka.

ICON menerima anugerah pesanan kerja pertama pada 27 Februari 2023 dan telah memulakan operasi pada 18 April 2023 mengikut sijil sewa kapal selama lebih kurang 255 hari kapal.

Pengarah Urusan ICON,  Datuk Seri Hadian Hashim berkata, pihaknya berterima kasih kepada PCSB atas kepercayaan dan penganugerahan kontrak tersebut.

Menurutnya, kontrak itu bukti kecekapan, kepakaran dan kapasiti ICON dalam memenuhi keperluan dan harapan pelanggan dengan prestasi operasi yang cemerlang.

“Dengan anugerah kontrak diperoleh baru-baru ini dan perkembangan dalam sektor minyak dan gas, prospek ICON kekal positif.

“Kontrak ini akan menyumbang kepada pendapatan kami dan menambah rekod prestasi cemerlang kami dalam segmen Kapal Sokongan Luar Pesisir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×