Gabungan Badan Masjid Wilayah Jengka bina telaga Kemboja

Gabungan Badan Masjid Wilayah Jengka bina telaga Kemboja

RAZAK Daud (kanan) menyampaikan sumbangan tabung wakaf RM27,000 kepada imam masjid di Kemboja, Zulkarnain Hussain di Felda Jengka 25 di Temerloh, Pahang semalam. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah Jengka di sini menyumbang RM27,000 bagi membantu masyarakat Islam Kemboja membina telaga dan keperluan lain di negara itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi gabungan berkenaan, Razak Daud berkata, Tabung Wakaf Telaga Kemboja dibuka di 37 masjid wilayah itu bagi mengumpul dana untuk tujuan infak kepada saudara Islam di negara tersebut.

Menurutnya, setakat ini, sumbangan diterima daripada penduduk Felda Jengka 24 adalah RM12,000 dan masing-ma­sing RM5,000 dari Felda Jengka 25, Felda Sungai Tekam dan Felda Kampung Awah.

“Kita masih membuka kutipan sehingga Ogos ini dan kami akan ke sana pada September ini untuk melihat pembinaan telaga solar berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menyam­paikan sumbangan kepada Imam Masjid Kemboja, Zulkarnain Hussain di Felda Jengka 25, di sini semalam.

Razak berkata, sumbangan daripada peneroka dijangka melebihi RM100,000 apabila Tabung Wakaf Telaga Kemboja ditutup Ogos ini.

“Kita amat mengalu-alukan sumbangan dana bagi kempen wakaf untuk membina lebih banyak telaga pelbagai guna di Kemboja.

“Sumbangan peneroka akan ditulis di telaga sebagai tanda penghargaan rakyat Kemboja,” katanya.

Beliau berkata, amalan yang secara berterusan mendapat pahala walaupun sudah meninggal dunia ialah sedekah kerana selagi mana harta disedekahkan itu digunakan, selagi itulah pahala mengalir dalam buku catatan penyumbang.

“Bayangkan sahaja pahala mereka berwuduk beribadah, makan minum dan sebagainya mengalir kepada penyumbang walaupun sudah meninggal dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×