Hujan, ribut petir di hari Aidilfitri - MetMalaysia - Utusan Malaysia

Hujan, ribut petir di hari Aidilfitri – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa tempat pada waktu pagi dan petang hari pertama dan kedua Hari Raya Aidilfitri.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, hujan akan melanda di satu dua tempat di sebelah pagi.

“Di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, barat Johor dan Sabah iaitu bahagian Kudat dan Sandakan manakala tempat-tempat lain tiada hujan,” katanya dalam kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, di sebelah petang, hujan atau ribut petir akan melanda di beberapa tempat iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah iaitu bahagian pedalaman dan pantai barat.

Hujan atau ribut petir turut melanda satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri dan Limbang manakala Sabah di bahagian Sandakan dan Tawau.

Di sebelah malam, MetMalaysia menjangkakan hujan di satu dua tempat di Sabah dan Sarawak serta Labuan manakala tempat-tempat lain tiada hujan.

Bagi suasana waktu pagi hari kedua Aidilfitri, hujan hanya melanda di satu dua tempat di kawasan pantai Sabah manakala tempat-tempat lain tiada hujan.

Bagaimanapun, hujan atau ribut petir akan melanda di beberapa tempat pada sebelah petang.

Ini melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Johor dan Sabah.

Hujan atau ribut petir turut melanda satu dua tempat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak manakala tempat-tempat lain tiada hujan.

Pada waktu malam, hujan dijangka melanda satu dua tempat iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak Sabah serta Labuan manakala tempat-tempat lain tiada hujan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini