Bronok naik ke ‘darat’ resahkan penduduk

Bronok naik ke ‘darat’ resahkan penduduk

BRONOK yang dihanyutkan arus dari pesisir pantai ke kawasan sungai di Sungai Melaka, Padang Matsirat di Langkawi, Kedah. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Fenomena spesies bronok yang ditemukan terapung dalam kuantiti banyak di permukaan sungai di sini, meresahkan penduduk sekitar apabila ia dikaitkan dengan petanda kepada kejadian luar jangka.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sungai Melaka berdekatan Pasar Awam Padang Matsirat, di sini mendapati, spesies timun laut itu dilihat hampir meliputi dasar sungai yang cetek kerana faktor air surut.

Seorang penduduk, Mad Nadzri Mahmud, 45, berkata, ini kali pertama dia melihat kejadian tersebut sejak 20 tahun mencari bronok sebagai sumber pendapatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biasanya bronok ditemukan di pesisir Pantai Kuala Muda yang berlumpur dan bukannya di kawasan air tawar seperti di sungai ini. Tetapi kali ini, arus dari laut menolak lumpur dan bronok tersebut sehingga hampir ke Pasar Awam Padang Matsirat yang terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada pantai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, walaupun menjual hasil laut tersebut yang dijadikan kerabu, dia tidak mengutip bronok tersebut kerana bimbangkan kualitinya.

Menurutnya, bronok yang ada di sungai tersebut kebanyakannya sudah mati dan yang masih hidup pula sudah nyawa-nyawa ikan.

“Saya biasa mendengar pesanan orang tua yang menyatakan fenomena aneh seperti ini biasanya menandakan sesuatu yang buruk akan terjadi.

“Semasa Tsunami melanda Langkawi pada 2004, banyak binatang naik ke darat seperti takutkan sesuatu. Bila banyak haiwan laut naik ke darat, itu petanda yang tidak baik,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×