‘Setahun berlalu, saya hanya mahu dia pulang’

‘Setahun berlalu, saya hanya mahu dia pulang’

YAHYA Ahmad menunjukkan gambar Nuremalina yang menghilangkan diri sejak setahun lalu di Kampung Sungai Galah, Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Seorang bapa memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak setahun lalu.

Yahya Ahmad, 72, dari Kampung Sungai Galah, Kampung Gajah di sini berkata, anaknya itu, Nuremalina, 35, menghilangkan diri dari rumah pada 21 Mac tahun lalu tanpa sebarang sebab.

Katanya, sejak itu dia berusaha mengesannya termasuk menghubungi telefon bimbit anaknya namun gagal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya cuma berharap dia kembali semula ke pangkuan keluarga. Sudah setahun dia menghilangkan diri tanpa sebab yang kami ketahui sehingga kami tertanya-tanya kenapa dia berbuat begini.

“Pelbagai cara sudah saya lakukan untuk menjejakinya termasuk membuat laporan polis, meminta bantuan rakan-rakan dan saudara-mara namun sehingga kini belum berhasil menemukannya.

“Ramadan kali ini sudah tentu perasaan rindu kami semakin kuat setiap kali mengenangkan dia. Kami harap dia segera pulang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

NUREMALINA YAHYA

Yahya berkata, dia sangat berharap anaknya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat dan memohon maaf jika ada melakukan kesilapan yang membuatkannya kecil hati.

Jelasnya, dia sudah berusaha menjejaki anaknya hingga ke Thailand, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada orang ramai tetapi gagal menemukannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nuremalina boleh menghubungi Yahya menerusi nombor telefon 019-4329259. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×