Dana PMB Investment catat prestasi cemerlang

Dana PMB Investment catat prestasi cemerlang, sasar AUM tumbuh 40%

MAHANI Ibrahim (dua dari kanan) dan Mahdzir Othman (dua dari kiri) menunjukkan prestasi cemerlang dicapai oleh dana-dana kelolaan syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PMB Investment Bhd. (PMB Investment), anak syarikat Pelaburan MARA Bhd. (Pelaburan Mara) menya­sarkan pertumbuhan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata, syarikat yang kini me­nguruskan 19 dana pelaburan tersebut mempunyai AUM bernilai RM1.4 bilion.

Katanya, sasaran tersebut juga akan didorong oleh pelancaran dana baharu berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

“Tema ESG amat dialu-alukan oleh pasaran dan pihak berkuasa. Jadi, kami yakin dana ESG ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam pasaran runcit dan juga pelabur korporat terutamanya.

“Dana ini adalah dana sedia ada daripada 19 dana yang kami uruskan ketika ini. Cuma kami akan lancarkan semua menggunakan tema ESG sebagai strategi pelaburan.

“Tahun 2022 merupakan tahun yang agak sukar kepada semua syarikat pengurusan dana. Pada tahun ini, kami dapati pasaran terutamanya pasaran tempatan semakin pulih dan berharap dapat meningkat AUM sebanyak 30 hingga 40 peratus daripada kadar sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pa­da majlis pengumuman empat dana terbaik yang mencatatkan prestasi cemerlang pada tahun ini di Wisma PMB di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pe­gawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Mahdzir Othman dan Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment, Isnami Ahmad Mohtar.

Dana tersebut adalah PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF), PMB Dana Bestari Fund (PMB DEF), PMB-An-Nur Waqf Income (PMB-ANWI) dan PMB Sha­riah Tactical Fund (PMB STF).

Keempat-empat dana ber­kenaan telah mencatatkan pres­tasi cemerlang dalam pelbagai kategori Lipper Investment Management iaitu Ekuiti, Pendapatan Ekuiti Malaysia, Modal Kecil dan Sederhana Ekuiti Malaysia dan Aset Campuran bagi tempoh satu, tiga dan lima tahun berakhir 28 Februari 2023.

Menurutnya, PMB SEF secara konsisten berada pada kedudukan terbaik dalam Lipper List sejak 2018, memberikan pulangan yang memberangsangkan sebanyak 111 peratus untuk tempoh lima tahun berakhir 28 Februari 2023 dalam kategori Equity Malaysia Income.

Sementara itu, pulangannya untuk tiga tempoh tahun dan satu tahun adalah lebih baik masing-masing pada 130 peratus dan 29 peratus.

“PMB DEF yang berada pada kedudukan kedua daripada 30 dana dalam pasaran di bawah Pendapatan Ekuiti Malaysia untuk prestasi setahun dengan pulangan sebanyak 18 peratus. Dana ini juga mencatatkan pulangan 67 peratus untuk tiga tahun dan 57 peratus untuk lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.

“PMB-ANWI pula menca­tatkan prestasi satu tahun yang menggalakkan sebanyak 17 peratus, berakhir pada 28 Februari 2023,” katanya.

Dalam pada itu, PMB STF merekodkan pulangan sebanyak 10 peratus untuk satu tahun, 46 peratus untuk tiga tahun dan 27 peratus untuk tempoh lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.

Mahdzir turut me­ngumumkan PMB Investment telah memenangi dua anugerah berprestij baru-baru ini, iaitu Refinitiv Lipper Malaysia Awards 2023 dan Morningstar Malaysia Awards 2023.

PMB Investment memena­ngi satu anugerah di peringkat Kumpulan dan tiga anugerah individu di Refinitiv Lipper Malaysia Awards 2023.

PMB Investment memenangi satu anugerah di peringkat Kumpulan dan  tiga anugerah individu di Refinitiv Lipper Malaysia Awards 2023, iaitu Best Equity Group – Malaysia Provident Funds, Mixed Asset MYR Flexible Best Fund bagi tempoh lima tahun untuk PMB STF dan PMB SEF memenangi Equity Malaysia Diversified Best Fund bagi tempoh tiga dan lima tahun, semuanya berakhir 31 Disember 2022.

Syarikat turut meraih Best Malaysia Large-Cap Equity (Syariah) Fund pada 2023 Morningstar Awards Malaysia untuk PMB STF. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×