Sky Suite Airport Lounge tarikan terbaharu KLIA Terminal 2

Sky Suite Airport Lounge tarikan terbaharu KLIA Terminal 2

RUANG dalaman Sky Suite Airport Lounge pada Majlis Perasmian Sky Suite Airport Lounge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melancarkan pembukaan Sky Suite Airport Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2.

Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Zainun Ali berkata, ruang menunggu yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok itu merupakan ‘pit-stop’ yang sempurna untuk para penumpang domestik dan antarabangsa beristirehat sebelum penerbangan mereka berlepas.

“Pembukaan Sky Suite Airport Lounge di KLIA Terminal 2 ini merupakan satu lagi peristiwa penting bagi Malaysia Airports sebagai menandakan pemulihan sektor penerbangan dan pelancongan di negara ini.

“Sebagai syarikat pengendali yang menguruskan 39 buah lapangan terbang di Malaysia, kami melihat tanda-tanda pertumbuhan penumpang yang sihat serta yakin untuk menyaksikan pergerakan penumpang domestik dan antarabangsa menjangkaui, malah melepasi tahap pra pandemik tidak lama lagi,” katanya pada majlis pembukaan Sky Suite Airport Lounge di KLIA Terminal 2 di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat pelbagai kemudahan yang selesa tersedia di ruang menunggu berkenaan termasuk kerusi urut, hidangan ringan percuma, club-style bar, Wi-Fi berkelajuan tinggi, saluran TV satelit, tandas peribadi dan surau serta bilik VIP yang boleh digunakan untuk mesyuarat peribadi.

Tambahnya, lounge tersebut juga sesuai untuk pengembara yang mempunyai jadual padat kerana terdapat ruang pengecasan gajet yang disediakan untuk mereka menyelesaikan kerja sementara menunggu waktu penerbangan.

Katanya lagi, apa yang lebih menarik, penumpang yang menempah kemudahan lounge dan membeli perkhidmatan Airport FastTrack bakal menikmati perjalanan untuk menaiki penerbangan yang lancar dari rumah ke balai pelepasan kerana proses seperti daftar masuk, imigresen serta pelepasan kastam kesemuanya terletak di ruang menunggu berkenaan.

“Saya amat berbesar hati kerana dalam menawarkan perkhidmatan ini, kami dapat memanfaatkan kepakaran salah sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Airports. Ini kerana Sky Suite Airport Lounge ini diuruskan sepenuhnya oleh KL Airport Hotel Sdn Bhd,” ujarnya.

Sky Suite Airport Lounge yang terletak di aras tiga KLIA Terminal 2 itu beroperasi 24 jam untuk para pengembara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×