Boleh anjak waktu latihan industri

Boleh anjak waktu latihan industri

MOHAMMAD SHATAR SABRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengakui wujud keperluan untuk meng­anjakkan tempoh latihan industri bagi setiap program di institusi pengajian tinggi (IPT) pada semester akhir pengajian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, latihan industri pada pertengahan pengajian akan menghalang industri menyerap masuk pelajar berkualiti ke pasaran kerja.

Menurut beliau, IPT boleh membuat permohonan kepada MQA untuk menganjakkan tempoh latihan industri bagi program ditawarkan.

“MQA sentiasa memberi flesibiliti kepada IPT untuk merangka atau menawarkan program-program yang ber­kesesuaian mahupun diperlukan oleh majikan dan masyarakat dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini mendedahkan, kira-kira 40,000 pelajar IPT sukar mendapat tempat untuk praktikal sebagai syarat sebelum menamatkan pengajian mereka dise­babkan tiada syarikat berkesesuaian, selain da­ripada ditolak majikan kerana tempoh latihan yang pendek dan tidak dibayar elaun.

Mohammad Shatar berkata, sekiranya Malaysia mahu kekal menjadi rujukan pihak global terutama dalam bidang pendidikan, IPT perlu sentiasa berinovasi dan kreatif dalam menawarkan program-program memenuhi keperluan.

“Jika kita menidakkan atau membelakangkan usaha-usaha seperti ini, sudah pasti negara akan menghadapi masalah seperti cabaran menarik pelajar khususnya pelajar antarabangsa ke Malaysia,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×