Remaja maut sempat minta maaf menerusi WhatsApp

Remaja maut sempat minta maaf menerusi WhatsApp

MUHAMAD Airiel Rizman sempat meminta maaf kepada ahli keluarga dan kawan-kawannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Remaja yang maut ter­ke­­na tayar treler yang tercabut dan terpelanting di Kampung Me­­rang di sini semalam, sempat meminta maaf kepada ahli ke­lu­arga dan rakan-rakannya, se­hari sebelum kejadian.

Bapa mangsa, Mohamad Na­zeri Abdul Razak, 42, berkata, anaknya, Muhamad Airiel Riz­man, 18, menghantar pe­sa­nan itu melalui aplikasi WhatsApp pa­da malam Isnin lalu.

Menurutnya yang juga pe­man­du lori di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dia berada di tempat kerja di Su­ngai Tong ketika kemalangan menimpa anak sulungnya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dihubungi seorang ra­kan yang meminta saya da­tang segera kerana anak terlibat de­ngan kemalangan dan sebaik sahaja ti­ba, saya hanya mampu terpaku melihat anak yang hanya tinggal jasad.

“Malam sebelum kejadian, ar­wah ada meminta maaf de­ngan saya dan isteri, Norhayati Hamzah, 42, serta kawan-ka­wannya namun itu memang kebiasaan kerana arwah seorang anak yang baik.

“Sepatutnya semalam hari ter­­akhir dia bekerja berniaga air selepas mendapat pekerjaan ba­haru bermula Ahad ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Me­ngabang Panjang di sini se­ma­lam.

Dalam pada itu, Mohamad Na­zeri menambah, dia dan ke­luarganya belum terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu atau syarikat treler yang ber­tang­gungjawab itu.

Jelasnya, mereka reda de­ngan insiden malang menimpa Mu­hamad Airiel Rizman mes­ki­pun perit untuk ditelan me­­mandangkan Allahyarham se­­­o­rang yang rajin bekerja men­cari duit poket.

“Kami masih bersedih de­ngan kejadian ini dan ingin selesaikan beberapa perkara da­hulu, belum fikir lagi untuk ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak.

“Arwah sudah tidak berse­kolah sejak tamat sekolah rendah dan memang akan selalu bekerja di pelbagai tempat termasuk mengutip buah kelapa sawit di ladang-ladang.

“Ketika kejadian pun dia se­kadar membantu rakannya berniaga air buah sejak dua bulan lalu dan kejadian ini satu kehilangan buat kami sekeluarga,” jelasnya lagi.

Dalam kejadian 5 petang se­malam, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada manakala rakannya berusia 22 tahun patah tangan kanan.

Kejadian berlaku selepas se­biji tayar treler yang di­percayai menuju ke arah Kampung Telaga Papan tercabut lalu terpelan­ting ke arah mereka yang sedang berniaga di kaki lima jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini