Cuaca sejuk cabaran SMART

Cuaca sejuk cabaran SMART

CUACA sejuk sehingga mencecah -2 darjah Celcius antara cabaran dihadapi SMART atau MAS 0-1 dalam misi SAR di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca sejuk sehingga mencecah negatif dua darjah Cel­cius antara cabaran dihadapi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil berkata, pasukannya menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) dalam cuaca sejuk pada hari pertama operasi.

“Cuaca sangat sejuk sehinggakan kami terpaksa menahan kesejukan ketika menjalankan operasi antara cabaran di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, sistem komunika­si (In­ternet) di ‘ground zero’ ju­ga agak lemah dan terbatas. Ba­gaimanapun ini tidak mema­tahkan semangat pasukan dalam misi ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Khai­rul berkata, setakat hari pertama operasi, pihaknya telah menemukan tiga mangsa gempa bumi yang terperangkap dalam bangunan tujuh tingkat.

“Selepas dua jam menggunakan peralatan khas, seorang wa­nita, lelaki dan kanak-kanak yang meninggal dunia ditemukan da­lam keadaan menya­yat hati.

“Boleh dikatakan hampir semua bangunan di ground zero runtuh akibat gempa bumi tersebut,” katanya.

Pasukan pertama SMART be­rada di Gaziantep sejak sema­lam misi SAR gempa bumi di kawasan ground zero dimulakan oleh 70 pegawai dan anggota pasukan pertama SMART sele­pas diterbangkan ke Turkiye, Isnin lalu.

Malah, kumpulan SMART atau MAS-10 selamat mendarat di Lapangan Terbang Gazian­tep, Turkiye awal pagi semalam (sekitar pukul 7 malam waktu tempatan) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Pasukan yang terdiri daripada 70 pegawai dan anggota terdiri daripada 20 anggota SMART, 30 anggota JBPM dan 21 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua anjing pengesan (K9) itu akan bergerak ke kawasan gempa bumi yang mengambil masa perjalanan sekitar empat jam.

Kumpulan ini akan melapor diri ke pusat operasi yang me­nempatkan pasukan pertama atau SMART MAS-01 untuk pembahagian sektor tugas SAR.

Kejadian gempa bumi melan­da tenggara Turkiye pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan, diikuti dua gempa susulan yang me­landa wilayah Gaziantep.

Selain Turkiye, negara jiran Syria dan Lubnan turut terjejas. Bencana itu setakat ini dilaporkan meragut lebih ribuan nyawa di Turkiye dan Syria.

Angka korban akibat gempa bumi itu sudah lebih 21,000 mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini