Kenyataan Hadi disiasat – SPRM

Kenyataan Hadi disiasat – SPRM

abdul hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kenya­taan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai dakwaan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sedekah.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, siasatan itu dilakukan memandangkan SPRM mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan bawah perkara C Akta SPRM 2009 bagi kesalahan di bawah Seksyen 7 sehingga 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sumber itu berkata, setiap kesalahan di bawah bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dikategorikan sebagai ra­su­ah.

Kesalahan di bawah Seksyen berkenaan terdiri penyamaran, penjamuan, pengaruh tidak wajar dan penyogokan.

“Bagi Seksyen 8 ini, setiap calon boleh dianggap melakukan rasuah dengan menawarkan makanan, minuman kepada pengundi kerana tindakan tersebut menunjukkan penghargaan kepada pengundi lebih-lebih lagi bila calon itu mempunyai hasrat supaya undi dirinya.

“Seksyen 9 pula iaitu pe­ngaruh tidak wajar yang mana boleh menjadi kesalahan ji­ka seseorang menggunakan ke­kerasan atau keganasan atau menghalang sehingga memaksa seseorang mengundi dengan cara tertentu atau tidak me­ngundi langsung,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata sumber itu, di bawah Seksyen 10 penyogokan berlaku sekiranya calon atau mana-mana individu menawarkan ‘pembelian undi’ sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti memberikan atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan atau pinjaman sebelum, semasa atau selepas proses pilihan raya.

“Di bawah Akta SPR ada tentang rasuah politik ini tetapi kebanyakkan kes yang ada tidak dapat dibuktikan berlaku.

“Sekiranya siasatan dilakukan, ia perlu dibuktikan orang yang menerima itu betul-betul telah mengundi parti pihak yang memberi itu,” jelasnya.

Tambah sumber itu, kekangan timbul ketika siasatan dilakukan memandangkan di negara ini undi itu adalah rahsia.

“Jika pasukan penyiasat betul-betul sahkan seseorang terima duit dan undi parti yang dimaksudkan, maka tiadalah kerahsiaan pada kertas undi,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan siasatan boleh dijalankan terhadap apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi.

Beliau yang dipetik sebuah media tempatan dilaporkan sebagai berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan de­ngan pembelian undi.

Komen Azam itu susulan kenyataan Presiden Pas baru-baru ini, terhadap petisyen difailkan UMNO Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di neger­i Pantai Timur itu.

Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menye­rahkan wang tunai kepada pe­ngundi hanyalah melakukan kerja amal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×