Inspektor antara 14 anggota, pegawai polis ditahan

Inspektor antara 14 anggota, pegawai polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai berpangkat inspektor antara 14 anggota polis yang ditahan reman dipercayai terlibat dalam pertubuhan kongsi gelap dikenali Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) dalam Op Selendang, Jumaat lalu.

Selain inspektor, turut ditahan adalah konstabel, koperal, lans koperal dan sarjan dipercayai bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan peringkat kontinjen di Terengganu.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, kesemua 14 anggota dan pegawai polis itu antara 21 individu ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an.

Katanya, mereka termasuk tujuh lelaki lain kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

“Difahamkan, pertubuhan terbabit bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu dan bahagian siasatan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman mula mengawasi pergerakan ahli pertubuhan haram berkenaan sejak 2021.

“Beberapa barangan turut dirampas dalam operasi itu termasuk peralatan yang sering digunakan dalam upacara mengangkat sumpah,” katanya di sini semalam.

Difahamkan, antara peralatan berkenaan ialah beberapa kenderaan, telefon bimbit, pedang, ekor ikan pari, senjata tajam, al-Quran, sejadah, songkok, baju, kain kapan serta nombor plat berlogo pertubuhan.

Selain itu, beberapa pelekat serta borang keahlian kumpulan dan beberapa sijil turut dirampas.

Terdahulu, media melaporkan beberapa anggota dan pegawai polis ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram di Terengganu.

Operasi khas yang dijalankan pihak Bukit Aman itu turut menahan beberapa orang awam turut terlibat dalam pertubuhan terbabit yang bergerak aktif di sekitar negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×