Tapaw khidmat penghantaran baharu - Utusan Malaysia

Tapaw khidmat penghantaran baharu

Tapaw khidmat penghantaran baharu tawar pekerjaan untuk belia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMBAKAN aplikasi penghantaran makanan, tidak menghalang usaha seorang usahawan tempatan, membangunkan sebuah lagi aplikasi dengan objektif yang sama.

Pengasas Tapaw, Datuk Anuar A. Rahman berkata, biarpun memiliki kepakaran dalam bidang pelancongan, situasi semasa seakan tidak menyebelahi untuk bertahan.

Sebaliknya beliau memberanikan diri meneroka industri baharu iaitu perkhidmatan penghantaran yang dilihat berpotensi besar dan boleh pergi lebih jauh.

“Covid-19 menjejaskan pendapatan, justeru saya membuat keputusan untuk beralih ke bidang logistik yang menawarkan perkhidmatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya mampu bergerak seiring dengan perniagaan secara digital yang semakin meluas mengikut arus modenisasi,” katanya.

Tapaw menawarkan penghantaran pelbagai antaranya dokumen, makanan dan pemindahan.

Anuar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tapaw berkata, meskipun banyak syarikat penghantaran membangunkan model perniagaan sama, bagaimanapun beliau mengetengahkan konsep berbeza iaitu meneroka kawasan di luar bandar di seluruh.

“Walaupun baru diperkenalkan, aplikasi ini sudah memiliki lebih 43,000 rakan penghantar berdaftar,” katanya. Secara tidak langsung ia membantu golongan penjaja kecil, peniaga makanan dan pengeluar produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memasarkan pelbagai produk di kawasan setempat.

IDEA ANAK TEMPATAN
Apa yang membanggakan ialah aplikasi itu dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga tempatan justeru ia wajar diberi peluang luas untuk berdaya maju.

“Ia bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, tetapi turut membuktikan bahawa syarikat tempatan juga boleh mencipta aplikasi canggih mesra pengguna,” katanya.

Melihat kepada situasi pandemik Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda penamat, Anuar mempelawa individu meraih pendapatan sampingan bersama aplikasi berkenaan.

“Kami menyasarkan mewujudkan lebih 100,000 rakan penghantar berdaftar dengan Tapaw. Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, peluang ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan, tidak kira di bandar mahupun di luar bandar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini