Marrybrown kembali dengan Egg-stra Ong

Marrybrown kembali dengan Egg-stra Ong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena Tahun Baharu Cina ini, Marrybrown memperkenalkan hidangan Egg-stra Ong untuk dinikmati oleh seluruh keluarga Malaysia.

Menurut Marrybrown, menu kali ini ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin yang padu dan lazat serta menu tambahan masa terhad, sementara stok masih ada.

Katanya, masih mempertahankan ‘Ada kelainannya’ untuk penggemarnya, menu baharu kali ini di pelbagai dengan hidangan Egg-stra Ong Fish Pau, kentang goreng telur masin, pai pisang dan Fruity Fizz.

“Kesemua sajian ini sememangnya disempurnakan dengan rasa masin, manis dan pedas sehingga memberi keenakan yang pasti memenuhi citarasa anda!,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada para penggemar untuk membawa kembali menu ini setiap tahun, terutamanya menje­lang Tahun Baharu Cina.

“Kami berbesar hati membawa kembali hidangan Egg-stra Ong yang ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin dan juga tambahan sajian baharu lain untuk dinikmati pada tahun ini,” katanya.

Tambah beliau, sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan adalah motivasi yang mendorong Marrybrown untuk sentiasa meningkatkan kualiti makanan dan perkhidmatan di samping menyediakan hidangan yang lazat, khas untuk rakyat Malaysia.

“Kami bersyukur dapat menyajikan hidangan Egg-stra Ong kepada penggemar kami dan berharap menu istimewa ini dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini dan juga yang akan datang,” katanya.

Egg-stra Ong Fish Pau, adalah gandingan sempurna bersama roti kukus dan sos Egg-stra Ong. Penggemar akan merasai kenikmatan dan kelazatan sebenar filet ikan yang lembut kerana ia digoreng sehingga perang keemasan.

Ia boleh didapati dalam menu à la carte 2-keping dengan harga dari RM7.80 dan set kombo dengan harga dari RM14.80.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×