Aplikasi pintar urus pemilikan kenderaan - Utusan Malaysia

Aplikasi pintar urus pemilikan kenderaan

Azhar Hamzah (kiri) hadir mewakili MIROS bagi membentuk kerjasama membangunkan aplikasi automotif terkini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Segala urusan semua aspek pemilikan kenderaan dapat diselesaikan dengan mudah selepas aplikasi Hebat Motorist dilancarkan baru-baru ini.

Aplikasi dimiliki syarikat Motorist Sdn. Bhd. ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna mengurus segala hal berkaitan dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Pengurus Besarnya, Martin Belson berkata, syarikat itu memperluaskan peranannya bukan sahaja dalam bidang jual beli kereta terpakai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaliknya aplikasi diperkenalkan itu dapat membantu pemandu pada setiap fasa, daripada permulaan pembelian, pengurusan, servis membaiki, hinggalah jualan kereta.

“Kami teruja untuk memperkenalkan aplikasi ini kepada pemilik kenderaan di sini dan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kenderaan melalui aplikasi Motorist,” katanya.

Ditubuhkan di Malaysia sejak 2018 sebagai pengembangan dari Motorist di Singapura, ia adalah platform concierge automotif terkemuka.

Motorist adalah salah satu platform concierge automotif terbesar di rantau ini dengan lebih daripada 2,100 rakan automotif yang diperakui.

Antaranya termasuklah AXA Affin General Insurance, Etiqa Takaful dan Liberty Insurance Malaysia.

Antara ciri-ciri menarik inovasi itu adalah mendorong tabiat memandu dengan selamat bagi memperkasakan amalan pemandu pintar.

Melalui satu klik mudah di aplikasi, pemandu dapat mengakses kamera trafik langsung di semua lebuh raya utama.

Ciri itu membolehkan pengguna memeriksa apabila ada kesesakan lalu lintas, sekatan jalan raya, banjir, atau kerosakan kereta sebelum memulakan perjalanan.

Di samping itu, dengan ciri Co-Driver pula, pemandu akan menerima amaran audio masa nyata ketika mendekati zon kamera penguatkuasaan polis selain peringatan untuk memandu dengan lebih bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, syarikat turut komited berkolaborasi dengan pelbagai organisasi berkaitan di negara ini untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pengguna aplikasi berkenaan.

“Baru-baru ini kami bekerjasama dengan Etiqa Takaful untuk memberikan sebut harga insurans kenderaan bermotor yang lebih kompetitif kepada pengguna sebagai tambahan utama dalam penawaran perkhidmatannya,” kata Balson.

Kerjasama MIROS
Dalam pada itu, aplikasi itu juga mendapat kerjasama daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Ia direalisasikan melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani kedua belah pihak.

Ia bertujuan untuk menambahkan ciri baharu pada aplikasi berkenaan iaitu maklumat mengenai penilaian keselamatan mengikut Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Azhar Hamzah berkata, aplikasi yang mampu menyediakan perkhidmatan bagi keselamatan jalan raya dan kenderaan sangat diperlukan bagi mengurangkan risiko kepada pengguna.

Tegasnya, hampir 18 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap hari.

“Lantaran itu, pihak berkuasa tempatan dan pihak automotif mesti bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama untuk memastikan keselamatan yang lebih baik bagi pemilik kenderaan.

“Ciri-ciri untuk mendorong pandu dengan selamat di aplikasi Motorist boleh menolong mencapai tujuan itu dan kami teruja dapat bekerjasama dengan Motorist.my untuk memastikan maklumat mengenai penilaian keselamatan kenderaan (ASEAN NCAP) turut boleh didapati di dalam aplikasi ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini