Berkhatan didik kanak-kanak aspek kebersihan - Utusan Malaysia

Berkhatan didik kanak-kanak aspek kebersihan

(Gambar bawah) MOHD. Zakhwan Ahmad Badarddin menyiram kanak-kanak dengan pancutan air anggota Bomba dan Penyelamat sebelum berkhatan di Felda Padang Piol, Jerantut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Musim berkhatan seringkali dijayakan pada musim cuti persekolahan sebagai mengisi masa lapang.

Pada waktu itu juga kebanyakan murid lelaki Islam yang berusia tujuh tahun ke atas wajib berkhatan berasaskan Mazhab Shafie bagi menyempurnakan amalan dalam Islam.

Selain ibu bapa, pemimpin setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengatur majlis berkhatan dengan menyumbangkan dalam bentuk pembiayaan perkhidmatan (bersunat) kepada kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40 dan asnaf.

Pejabat Perkhidmatan Masyarakat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, baru-baru ini turut menganjurkan Program Khatan Perdana 2022 sempena cuti persekolahan yang melibatkan seramai 83 orang kanak-kanak kawasan Felda Padang Piol dan seramai 28 orang kanak-kanak termasuk kanak-kanak Orang Asli etnik Bateq di Kampung Sungai Kucing kawasan Ulu Tembeling, daerah Jerantut.

BERARAK
Di Sungai Tembeling, kanak-kanak melalui pengalaman perarakan bunga manggar, berendam dan mandi serta doa selamat.
Perkhidmatan bersunat di sini, diselenggarakan secara percuma oleh NGO Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MEDICOM).

MANDI
Manakala di program berkhatan di Felda Padang Piol, Jerantut, kanak-kanak dimandikan dengan pacutan air oleh anggota bomba dan penyelamat. Program berkenaan mendapat kerjasama dari klinik Kesihatan Jerantut Feri dan KK Kampung Labu.

Seramai lapan orang pembantu perubatan mengendalikan acara khatan kanak-kanak berkenaan.

Realitinya, walaupun tanpa kemeriahan berasaskan budaya Melayu, iaitu kanak-kanak ‘bertandu’ di atas bahu penjaga masing-masing dan pencak silat yang lazimnya menjadi acara majlis, tetapi program di kedua tempat tampak meriah dan penduduk sangat teruja dapat berkumpul beramai-ramai mengikuti atur cara majlis itu.

Khatan beramai-ramai lebih meriah
Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin menjelaskan program itu buat pertama kali diadakan selepas pandemik Covid-19 sempena musim cuti persekolahan.

Walaupun berdepan keadaan cuaca tidak menentu, katanya, tahun ini, pihaknya cuba membantu kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40 di Ulu Tembeling yang kurang berkemampuan mengeluarkan perbelanjaan untuk berkhatan anak mereka di klinik di bandar Jerantut termasuk anak generasi kedua Felda Padang Piol yang berpendapatan rendah.

“Walaupun majlis tidak diasosiasikan dengan beberapa adat orang Melayu seperti bertandu, bersilat dan kenduri doa selamat, tetapi lebih penting kanak-kanak yang berkhatan menjalani proses berkenaan dengan selamat dan sempurna,” katanya ketika ditemui di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin turut hadir memberikan semangat dan motivasi kepada kanak-kanak terbabit.

Dalam usaha menghilangkan perasaan takut dan berdebar, kanak-kanak dibenarkan turun mandi dan berenang di Sungai Tembeling berdekatan tempat berkhatan sambil diawasi ibu bapa masing-masing.

Selepas berenang dan mandi di Sungai Tembeling, kanak-kanak berkenaan diarak dengan bunga manggar ke tempat berkhatan di Balai Penghulu Kampung Bantal, Ulu Tembeling

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×