'Berkebun' tanpa perlu menyiram air? Koleksi Botani dari Lego uji kreativiti. - Utusan Malaysia

‘Berkebun’ tanpa perlu menyiram air? Koleksi Botani dari Lego uji kreativiti.

KREATIF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERINTAH kawalan pergerakan berlangsung waktu ini seharusnya dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah. Selain memasak memenuhi selera, apa kata ‘berkebun’ pula? Menariknya ia boleh dilakukan di dalam rumah sambil bersantai.

Tanpa disirami air, tumbuhan anda akan kekal segar.

Pilihan ditawarkan alat permainan bongkah plastik lego yang sebelum ini sinonim dengan permainan, kini tampil pilihan berkebun pula.

Ketua Reka Bentuk Kumpulan LEGO, Jamie Berard berkata, koleksi Botani membantu orang dewasa merehatkan minda sambil bersantai menerusi aktiviti membina bonsai atau pokok bunga.

“Ia merangkumi sejumlah elemen diperbuat daripada plastik pelbagai saiz dan warna,” katanya.

Laporan LEGO Play Well Study 2020, mendapati tujuh daripada 10 dewasa kerap mencari cara baharu menghilangkan tekanan manakala lebih daripada lapan orang menyatakan bermain dapat membantu mereka untuk lebih tenang dan santai. Kesabaran tinggi diperlukan dalam menyusun lego pelbagai saiz.

Ada yang besar dan tidak kurang kecil.

BONSAI.

Koleksi Botani ini mengetengahkan set jambangan bunga dan pokok bonsai. Dekorasi pokok hiasan ini sudah pasti membangkitkan keterujaan kepada peminatnya.

Set jambangan bunga memiliki ketinggian 36 sentimeter (sm). Jambangan tidak layu ini dilengkapi 756 bongkah lego pelbagai elemen berbeza warna dan bentuk.

Ia boleh digabungkan mengikut kreativiti seperti gabungan snapdragon, bunga mawar, popi, aster, daisi dan pilihan rumput berbeza yang boleh disusun di dalam pasu mengikut cita rasa individu.

Sementara itu, set pokok bonsai ini pula memiliki ketinggian 18 sm. Ia sesuai bagi mereka yang mencari kaedah baharu untuk bersantai atau merasai ketenangan dengan membinanya.

Model jenis ini didatangkan dengan 878 bongkah lego dengan pilihan warna daun hijau atau bunga sakura yang berwarna merah jambu mengikut perubahan musim dan ‘mood’.

Kedua-dua model baharu Koleksi Botani ini boleh didapati dengan harga RM219.90 setiap satu.

Dahulu, ramai yang mencari ruang hijau untuk bersantai, kini orang dewasa boleh meluangkan masa secara tenang dengan menyesuaikan binaan botani mereka menerusi tanaman plastik tanpa perlu disiram untuk kekal segar.

AKTIVITI
Berkebun – Tanaman dijaga dengan baik supaya kekal subur.
Memasak – Asah bakat, barangkali boleh menjana pendapatan sampingan.
Menjahit – Boleh membantu dalam membuat baju sendiri dan ahli keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×