WANPAKU SANDO atau Sandwich Wanpaku menjadi hidangan popular di Jepun sekitar 2016.
Kisah asalnya, seorang isteri ingin menghidangkan sandwich biasa yang dibuat kepada si suami ketika musim kubis.
Disebabkan bekalan kubis banyak, dia telah meletakkan kubis dengan penuh dan sandwich menjadi tebal. Kemudian, diberi nama Wanpaku Sando. Sando bermaksud sandwich.
Kongsi Siti Hasmah Abu Hasan kepada Seri, bahan utama untuk membuat Wanpaku Sando adalah kubis ungu, telur mata, mayonis dan chicken salami.
Selain mengenyangkan, hidangan ini sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet sihat.
Bahan-bahan
3 keping roti (pilih jenis wholemeal atau apa-apa jenis roti)
Marjerin (pilih margarine spread atau low fat spread)
½ biji tomato (hiris bulat)
½ biji bawang Holland (hiris bulat)
Beef salami (boleh juga ganti kepingan daging ayam, sosej atau apa-apa jenis protein)
Coral salad (salad hijau)
1 biji telur ayam
2 sudu makan sos mayonis Kewpie
1 kepingan keju
Kubis ungu (hiris halus)
Sedikit minyak zaitun
Cara penyediaan
1) Sapukan marjerin pada roti, ketepikan.
2) Panaskan kuali, letak satu sudu minyak zaitun dan gorengkan telur mata.
3) Kuali yang sama, lebihan minyak tadi, gorengkan bawang Holland sehingga bertukar sedikit keperangan (caramelised). Jangan tambah minyak untuk elak bawang berminyak dan sandwich akan rasa saggy.
4) Kemudian goreng beef salami. Abaikan jika rasa tidak perlu digoreng.
5) Roti yang disapu marjerin tadi, bakar sekejap atas pan hingga permukaan roti menjadi rangup.
6) Masa untuk melapis. Lapik satu baking paper atau aluminium foil, mulakan dengan sekeping roti.
7) Lapisan boleh ikut kesukaan mana yang perlu diletak dahulu. Mula dengan bawang holland, salad, mayonis, beef salami seterusnya telur mata.
8) Sekeping lagi roti, letakkan tomato, kubis ungu, mayonis dan kepingan keju.
9) Akhir sekali tutup atau lapik dengan sekeping lagi roti.
10) Balut kemas dan gunakan pisau pemotong roti, bahagi dua Wanpaku supaya lapisan yang cantik dapat kelihatan.
* Nota: Antara bahan lain yang sesuai digunakan adalah avokado, ayam yang dihiris atau hirisan lobak yang direndam dalam air panas selama 10 minit sebelum dilapiskan dalam Wanpaku.










