Perbezaan sunscreen jenis susu, gel dan semburan - Utusan Malaysia

Perbezaan sunscreen jenis susu, gel dan semburan

PEMAKAIAN produk penjagaan wajah tidak lengkap tanpa penggunaan sunscreen atau pelindung matahari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAKAIAN produk penjagaan wajah tidak lengkap tanpa penggunaan sunscreen atau pelindung matahari. Ia merupakan produk paling utama dalam penjagaan kulit.

Penggunaanya bagi mengelakkan masalah kulit seperti kemerahan dan keradangan apabila terdedah dengan sinaran ultra ungu (UV) secara berlebihan, mengurangkan risiko kanser kulit, mencegah tona kulit yang tidak sekata, tompok-tompok gelap serta mencegah daripada sunburn selepas berjemur lama di bawah cahaya matahari.

Tanpa pemakaian pelindung matahari ini, kulit cenderung jadi tua sebelum usia, mudah berkedut malah pigmentasi kulit menjadi lebih gelap dan tidak teratur.

Meskipun ramai sedar kepentingan penggunaan sunscreen, namun sesetengah produk tidak sesuai pada wajah. Pelbagai produk sunscreen di pasaran juga belum tentu secocok dengan kulit.

Menggunakan sunscreen yang disesuaikan untuk jenis kulit akan menjadikan kulit lebih selesa, sihat dan bersinar. Sunscreen boleh didapati dalam bentuk losen, krim, minyak dan cecair semburan.

Apakah perbezaan antara sunscreen jenis susu, gel dan semburan?

Sunscreen daripada Anessa rangkaian Gold Series oleh Shiseido adalah jenama pelindung matahari nombor satu di Jepun selama 21 tahun berturut-turut. Ia memperkenalkan formulasi baharu yang dipertingkat dalam Perfect UV Sunscreen Skincare Collection, melindung dan memulihkan struktur kulit.

Kandungan Auto Booster Technology sangat tahan lama, kalis air dan peluh memberikan perlindungan yang berpanjangan.

Ada tiga jenis sunscreen dalam rangkaian Anessa iaitu susu, gel dan semburan yang diformulasi dengan bahan-bahan seperti asid hialuronik, kolagen marin, rose hip, ekstrak teh hijau dan Ekstrak

Akar Potentilla Erecta, formula ini meningkatkan penghidratan bagi menghalang bintik-bintik gelap dan penuaan.

Perfect UV Sunscreen Skincare Milk

Tekstur licin, selembut sutera dan tidak melekit memberikan perlindungan matahari SPF 50+ PA++++ yang tahan lama. Sunscreen jenis susu ini memastikan kulit mendapat dos Vitamin D tanpa merosakkan kulit.

Dapat digunakan sebagai primer solekan. Ia memberikan hasil velvet matte yang terakhir pada kulit dan anti-wrinkle. Sunscreen ini sesuai untuk mereka yang berkulit jerawat dan berminyak.

Perfect UV Sunscreen Skincare Gel

Memiliki tekstur gel yang melembapkan kulit dan memberikan efek yang dewy dan glowing pada kulit. Menyerap dengan cepat memberikan kilau sihat pada kulit. Ia tidak luntur meskipun ketika kulit terkena air dan peluh.

Mempunyai Core-Corona Emulsification Technology yang baharu dibangunkan, Perfect UV Sunscreen Skincare Gel sangat kalis air tanpa rasa melekit. Gel memberikan perlindungan matahari yang sangat tahan lama dan kuat, sesuai untuk aktiviti luar dan sukan. Kulit terhidrat, selesa, lembap dan segar. Sangat sesuai untuk kulit kering.

Perfect UV Sunscreen Skincare Spray

Dilengkapi dengan SPF50+ PA++++ dan perlindungan UV 360° untuk melindungi kulit daripada sinaran UV serta tahan kelembapan, air, dan peluh. Formula skincare yang mencegah penuaan dan tidak melekit serta melembapkan menjadikannya rutin penjagaan kulit on-the-go. Semburan semula (reapply) tiap dua jam sekali. Sesuai untuk wajah dan badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN