Lapan pembangunan eksklusif Sunway Property dapat sambutan

Lapan pembangunan eksklusif Sunway Property dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju perumahan, Sunway Property merekodkan jumlah tempahan sehingga RM800 juta untuk lapan pembangunan eksklusif Kempen Siri Eksklusif 2022, baru-baru ini.

Mencapai 1,131 tempahan unit, kejayaan kempen itu didorong falsafah reka bentuknya yang dipertingkatkan, Sunway Design and Development Architecture (SDDA) dengan semua projek dalam kempen yang menampilkan elemen kemampanan, inovasi, kesihatan dan kesejahteraan serta gaya hidup dan pengalaman baharu.

Kempen yang berakhir bulan lalu itu menampilkan lapan projek Eksklusif Sunway Property iaitu Sunway Alishan, Sunway Flora, Jernih Residence, Sunway Artessa, Sunway d’hill, Sunway Serene, Sunway Velocity TWO dan Sunway Belfield yang kesemuanya terletak di lokasi utama di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Property Wilayah Tengah, Chong Sau Min menyifatkan kejayaan kempen itu disebabkan minat yang semakin meningkat terhadap rumah bersepadu, holistik dan mampan di lokasi strategik dengan akses dan ketersambungan yang hebat.

“Selepas pandemik, keluarga mencari rumah yang boleh menampung gaya hidup norma baharu mereka. Setiap pembangunan kami sejajar dengan reka bentuk dan seni bina pembangunan Sunway Property yang dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan.

Ciri reka bentuk yang boleh dinikmati oleh pembeli rumah baharu termasuk kemudahan mengecas kenderaan elektrik di tempat letak kereta penduduk, reka bentuk pelbagai generasi yang inovatif dengan reka bentuk mesra kanak-kanak dan mesra warga emas, laluan pejalan kaki berbumbung ke sistem pengangkutan awam berdekatan, ruang kerja bersama dalam pembangunan mereka.

Selain itu, terdapat juga perkakas kawalan kualiti udara NanoeTM, taman herba, PopBoxes (loker koleksi bungkusan), ruang penghantaran bungkusan dan makanan khusus, tempat letak kereta berbilang tingkat dengan tanjakan ekspres dan akses rumah melalui kunci digital.

Di bawah Kempen Siri Eksklusif 2022, pembeli juga didaftarkan secara automatik sebagai ahli Sunway Property Pals+, menikmati kemudahan dan keistimewaan terpilih baharu yang terdiri daripada Rent+, Care+ dan Rewards+.

Sunway Property sedang menjalankan kempen Spin & Win untuk produk terkenalnya mulai sekarang hingga 31 Oktober.

Sepanjang tempoh kempen, pembeli berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM500,000 termasuk Kerusi Urut Ogawa, Thermomix, Baucar Diskaun sehingga RM5,888, kredit Touch ‘n Go bernilai RM5,000 dan banyak lagi apabila mereka menempah unit dengan Sunway Property.

Projek yang mengambil bahagian dalam kempen itu ialah Sunway Serene, Sunway Velocity TWO, Sunway Belfield, Sunway Artessa, Sunway d’hill, Jernih Residence dan Sunway Alishan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×