Anwar: Rawat kejatuhan ringgit dengan betulkan tadbir urus negara

Anwar: Rawat kejatuhan ringgit dengan betulkan tadbir urus negara

anwar
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha merawat kejatuhan nilai ringgit bukan sekadar melalui penyesuaian dasar kewangan atau atau kestabilan politik semata-mata, tetapi dengan memperbetulkan tadbir urus negara atau governan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejatuhan nilai ringgit hari ini tidak sama dengan serangan spekulator matawang pada 1997 yang turut menyebabkan beberapa mata wang negara Asia lain turut terjejas.

“Kejatuhan nilai ringgit atau merudumnya (pada 1997) ada kaitan dengan soal antarabangsa. Ia ada kaitan soal pentadbiran negara sebelum dan selepasnya. Kalau lihat krisis 1997-98, pada masa itu yang diserang bath Thailand, Won Korea Selatan, Rupiah Indonesia dan baru sampai kepada kita. Rizab kita masih kuat dan belanjawan kita lebihan (ketika itu).

“Sekarang kalau kita bincang bukan soal kejatuhan sahaja. Ringgit jatuh, wang tak ada, pelaburan tak ada, kerajaan tak stabil. Itu kompleksiti yang harus kita tangani.

“Saya kata, kita perlu mula dengan penegasan governan. Ada kata kestabilan politik, itu sebahagiannya. Politik stabil itu juga (pernah) digunakan untuk merompak. Dukungan kehakiman, dukungan media, dukungan intelektual, negara stabil untuk merompak,” katanya dalam program Sembang Kencang KLS@Anwar Ibrahim, malam tadi.

Anwar berkata, melalui tadbir urus yang baik maka dasar kewangan negara akan lebih jelas dan tidak meragukan pelabur asing untuk  melabur.

“Bagi saya isu governan mesti jelas. Jangan kata pimpinan wewenang begitu sahaja tanpa terkawal.

“Saya tak kata kita boleh atasi isu kejatuhan ringgit dengan segara atau keyakinan baharu pelabur tempatan atau pelaburan asing. Ia mengambil masa. Tetapi dengan kekuatan pengurusan yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×