Parlimen Bentong: Tiong Lai gentar jika Rara dicalonkan DAP?

Parlimen Bentong: Tiong Lai gentar jika Rara dicalonkan DAP?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERUSI Parlimen Bentong dikatakan bakal menyaksikan penampilan semula bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam misi Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi tersebut daripada DAP.

Ketika ini, Tiong Lai yang menang di Parlimen Bentong selama empat penggal bermula 1999, 2004, 2008 dan 2013 dikatakan 90 peratus bakal menjadi calon mewakili MCA di situ.

Ketika tsunami politik pada PRU14 lalu, Tiong Lai gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu apabila memperoleh 23,684 undi ditewaskan Wong Tack dari DAP (25,716) manakala calon Pas, N. Balasubramaniam (5,706 undi).

LIOW TIONG LAI

Pada PRU15, difahamkan jika muka baharu ditampilkan oleh MCA termasuk Pengerusi MCA Pahang dan Bentong, Datuk Seri Hoh Khai Mun, adalah sukar untuk MCA menang dan memperoleh undi orang Melayu.

Jadi, mahu tidak mahu MCA difahamkan akan mempertaruhkan semula Tiong Lai untuk bertanding di Bentong pada PRU15 akan datang.

Cumanya, difahamkan DAP bakal menampilkan calon baharu di Bentong pada PRU15 iaitu Ketua Angkatan Muda Harapan Pahang, Young Syefura Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dalam kawasan Parlimen itu.

Young Syefura atau mesra dipanggil Rara yang membuat penampilan pertama bersama DAP pada PRU14 menang kerusi DUN Ketari dengan 9,873 undi menewaskan calon BN, Datuk Lau Hoi Keong dan calon Pas, Roslan Md. Esa.

Sejak menang di Ketari, Rara cukup dikenali dalam kalangan rakyat di kawasan itu dan juga Bentong kerana sikapnya yang kerap turun padang meninjau masalah rakyat.

Jadi difahamkan, apabila Rara disebut-sebut bakal dicalonkan DAP di Bentong pada PRU15, ia sedikit menggusarkan Tiong Lai ekoran reputasi ADUN Ketari itu dalam misi merampas kembali Parlimen itu.

Persoalannya, sesiapa pun calon ditampilkan MCA dan BN, wajarkah Tiong Lai dicalonkan kembali? Adakah MCA dan BN ketandusan calon yang boleh menang untuk bertanding di Bentong? – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×