Luluskan Bajet 2023 sebelum PRU15 - Utusan Malaysia

Luluskan Bajet 2023 sebelum PRU15

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu meluluskan Bajet 2023 terlebih dahulu sebelum membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, pembentangan Bajet 2023 antara perkara ‘wajib’ kepada sesebuah kerajaan bagi perancangan masa hadapan untuk negara.

Beliau berkata, ia juga janji-janji dan manifesto kepada rakyat menjelang pilihan raya umum yang memberi jaminan dan harapan agar kerajaan sedia ada dipilih kembali me­nerajui kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir awal tahun hadapan, sekitar pertengahan dan akhir Januari adalah waktu sesuai untuk PRU15.

Sekarang, beri laluan kepada pembentangan bajet dan tumpu kepada usaha bantu rakyat ketika musim tengkujuh.

“Apabila bajet dibentang, ia memberi kelebihan kepada kerajaan sedia ada. Saya nampak ia akan beri kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana Perdana Menteri sekarang daripada parti itu, jadi, mereka boleh buat janji-janji menerusi bajet.

“Jika PRU dilambatkan, saya rasa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga ada masa untuk buktikan pentadbiran­nya adalah yang terbaik. Beliau juga berpeluang memulihkan negara termasuk ekonomi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas mengenai keputusan Kabinet yang dipercayai berbelah-bahagi dengan cadangan untuk me­ngadakan PRU15 dan Menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas juga menolak PRU15 dalam masa terdekat kerana mahu kerajaan tumpu kepada banjir.

Seorang menteri yang tidak mahu mendedahkan namanya dilaporkan berkata, ada juga dalam kalangan menteri tidak bersetuju jika Parlimen dibubarkan sebelum Belanjawan 2023 dibentangkan 7 Oktober ini dan perlu dibahaskan serta diluluskan di Dewan Rakyat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×