Pesalah tanggung kos pulih kawasan tercemar

Pesalah tanggung kos pulih kawasan tercemar

Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) bukan sahaja perlu merangkumi denda sehingga RM10 juta, tetapi pesalah perlu membayar semula kos pemulihan kawasan yang tercemar. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) bukan sahaja perlu merangkumi denda sehingga RM10 juta, tetapi pesalah perlu membayar semula kos pemulihan kawasan yang tercemar.

Bercakap kepada Utusan Ma­­laysia, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Damien Thanam Divean berkata, meskipun denda dikenakan terhadap pesalah, yang menanggung kos pemulihan ketika ini adalah kerajaan.

“Syarikat, kilang dan individu yang menyebabkan kawasan tercemar itu perlu tidak mempunyai pilihan selain daripada membayar balik kepada kerajaan semua kos rehabilitasi dan memyembuh pulih kawasan tercemar.

“Walaupun dia bayar denda, tetapi kos tinggi itu terpaksa ditanggung kerajaan dan kerajaan menggunakan duit rakyat, jadi akhirnya rakyat juga tanggung,” katanya ketika dihubu­ngi, semalam.

Pindaan AKAS 1974 dijangka dibentang dalam persidangan Parlimen Oktober ini bagi me­ningkatkan kadar hukuman, denda dan kompaun di bawah Akta 127.

Pindaan itu bakal melibatkan peningkatan denda melebihi RM10 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun.

Mengulas lanjut, Damien ber­kata, pindaan itu juga per­lu memastikan penguatkuasaan menjadi lebih cekap bagi memastikan pendakwaan dan tuduhan itu kekal ke atas pesalah yang didapati mencemar.

Katanya, pihak penyiasat juga perlu dibentuk daripada pelbagai institusi dan dilatih dalam skop pencemaran.

“Paling baik adalah penguatkuasaan, kalau ada pencemaran tak akan berlaku.

“Kementerian juga boleh mem­­berikan habuan kepada mereka yang dapat memberi­tahu apabila ada sedang akan berlaku dengan data pemberi maklumat ini dilindungi supaya mana-mana rakyat atau pekerja mereka boleh menjadi pemberi maklumat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×