Minum petang kalau dapat makan roti bersama air kopi memang enak sekali.
Apatah lagi kalau roti itu dibuat mengikut cita rasa sendiri dan cantik pula ala-ala roti di kafe-kafe mahal.
Minggu ini Seri kongsikan resepi roti labu berintikan kelapa oleh Noreha Johari.
Bukan sahaja cantik dan menarik dengan bentuk labu yang comel, malah inti kelapa manis di dalamnya menyempurnakan rasa roti lemak manis itu.
Bahan-bahan (Untuk 12 biji roti)
450 gram tepung roti
45 gram gula
5 gram yis segera
6 gram garam
160 gram puri labu
50 gram susu oat pekat
150 gram susu
45 gram mentega bebas tenusu
Cara-cara
*Masukkan semua dalam mangkuk pengadun bahan kecuali mentega.
*Uli seketika hingga doh sebati.
*Masukkan mentega, uli hingga lembut dan elastik.
*Perap doh hingga kembang selama sejam.
*Tekan-tekan doh untuk keluarkan udara/angin
*Bahagikan kepada 12 bahagian.
*Bulatkan kemas setiap satu
*Jika nak letak inti, leperkan dan letak apa-apa inti yang disukai dan tutup kemas.
*Dengan menggunakan benang, lilit doh-doh kecil supaya menjadi seperti labu.
*Setelah buat hingga habis, rehatkan lagi hingga kembang.
*Sapu permukaan bun dengan susu sebelum dibakar.
*Panaskan ketuhar 150 darjah selsius (ikut kesesuaian ketuhar.
*Bakar roti pada suhu 150 darjah selsius selama 25 hingga 30 minit bergantung pada kesesuaian ketuhar masing-masing.
*Setelah masak, sapu mentega atas permukaan roti sebaik sahaja keluar daripada ketuhar.










