Naik taraf LSTIP pacu ekonomi Kelantan

Naik taraf LSTIP pacu ekonomi Kelantan

Naik taraf itu merupakan langkah permulaan untuk LTSIP menjadi lapangan antarabangsa sepenuhnya. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa kepada lapangan terbang antarabangsa, mampu memacu ekonomi negeri ini menjadi lebih mampan pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata, sebagai permulaan LSTIP akan menjadi pintu masuk kepada negara-negara di sekitar rantau Asia Tenggara.

Menurutnya, khabar gembira itu kongsikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu.

“Pada dasarnya Perdana Menteri telah bersetuju untuk menaik taraf LTSIP menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa. Namun, destinasi lapangan terbang berkenaan nanti adalah khas untuk kawasan-kawasan di Asia Tenggara dan bukan ke Eropah atau kawasan-kawasan lain

“Kita juga tidak pasti sama ada ia merupakan langkah permulaan untuk LTSIP menjadi lapangan antarabangsa sepenuhnya atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, kelmarin.

Mohd. Amar menyifatkan ia sebagai perkembangan yang cukup baik dan bersesuaian dengan reputasi LTSIP.

Katanya, hal ini kerana LTSIP merupakan lapangan terbang ketiga paling aktif di negara ini selepas Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang.

“Kelantan bersyukur dengan perkembangan tersebut walaupun destinasi penerbangannya hanya difokuskan kepada kawasan Asia Tenggara kerana ia sudah baik untuk perkembangan ekonomi negeri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×