Wanita kena ragut mati ditikam - Utusan Malaysia

Wanita kena ragut mati ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Seorang tukang masak maut apabila penjenayah yang meragut beg tangannya menikam dadanya menggunakan senjata tajam di Jalan Sutera 7, Taman Sutera Yong Peng di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.25 pagi itu, mangsa, Tan Chi Ann, 47, dikatakan sempat berjalan untuk meminta pertolongan selepas dadanya berlumuran darah namun dia rebah kira-kira 50 meter dari tempat diragut.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, ketika kejadian, wanita yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini itu dalam perjalanan pulang menunggang motosikal Yamaha Ego selepas be­kerja syif malam.

“Setiba di tempat kejadian, mangsa didatangi lebih dua lelaki yang cuba meragut beg tangan miliknya. Mangsa dipercayai cuba melawan dan mempertahankan diri sebelum suspek bertindak agresif dengan menikam dada mangsa menggunakan senjata tajam.

“Tikaman pada dada mangsa mengenai jantungnya,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×