Dua ekor gajah berkeliaran gemparkan penduduk Ladang Gajah Mati - Utusan Malaysia

Dua ekor gajah berkeliaran gemparkan penduduk Ladang Gajah Mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Pengguna Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Ladang Gajah Mati, Bukit Besi dekat sini gempar selepas menyaksikan kelibat dua ekor gajah liar melintasi laluan itu hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, pasangan gajah yang dianggarkan melebihi 100 kilogram dilihat menyeberangi jalan sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolenal Che Adam A. Rahman berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan dan video berhubung penemuan kelibat dua ekor gajah tersebut.

“Pasangan gajah itu berkemungkinan berasal dari Hutan Simpan Besul dekat sini yang tidak jauh dari lokasinya ditemui dan ia dipercayai keluar dari habitat asalnya untuk mencari makanan.

“Saya percaya dua gajah itu menuju ke ladang kelapa sawit kerana lokasi tersebut kaya dengan sumber makanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×