Pulangkan album Leftenan Adnan - Utusan Malaysia

Pulangkan album Leftenan Adnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Waris keluarga pahlawan negara, Leftenan Muda Adnan Saidi merayu kepada sebuah agensi media Singapura supaya memulangkan album kenangan kisah perjuangan wira tersebut yang telah di­ambil sejak 24 tahun lalu.

Cicit saudara Allahyarham, Mohd. Asrul Halim Ahmad, 34, mendakwa, album tersebut tersimpan segala macam kenangan berkaitan diri pejuang negara tersebut dari dia kecil hingga terkorban ketika berkhidmat mempertahankan tanah air.

Dakwanya, album tersebut diambil ketika kru agensi­ media menemuramah bapanya, Ahmad Abdollah, 59, di rumah mereka di Jalan Pam Air, Kampung Sungai Merab Tengah di sini pada tahun 1994.

“Mereka berjanji kepada bapa untuk memulangkan semula album berkenaan selepas biografi berkaitan Allahyarham di Singapura selesai dibuat.

“Namun, sehingga kini mereka gagal menunaikan janji dan kami langsung tiada kenangan yang boleh disimpan untuk tatapan generasi akan datang.

“Saya merayu kepada pihak berkenaan supaya memulangkan album gambar tersebut agar ahli keluarga dapat menyimpannya sendiri lebih-lebih lagi Rabu ini (esok) merupakan ulang tahun pemergian Allah­yarham,” dakwanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×