Siput makanan kelip-kelip pupus - Utusan Malaysia

Siput makanan kelip-kelip pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Aktiviti mengorek pasir di Sungai Se­langor yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor menyebabkan kepupusan siput daripada spesies Cyclotropis carinata yang menjadi sumber makanan utama untuk larva kelip-kelip.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihak yang meluluskan aktiviti mengorek pasir dan penyimpanan stok pasir berhampiran perlu tahu bahawa kegiatan tersebut telah menjejaskan ekosistem dan habitat kelip-kelip dan siput.

“Saya desak kerajaan ne­geri Selangor supaya lebih peka dengan isu ini kerana kelulusan mengorek pasir atau penyimpanan stok pasir yang berhampiran dengan habitat serangga ini boleh menjejaskan kehidupan kelip-kelip kerana ia makan siput yang tinggal di kawasan ini.

“Hilang siput bererti kelip-kelip juga akan hilang. Sebagai contoh, jika kita mahu hapuskan singa, kita musnahkan sumber makanannya maka haiwan itu juga akan pupus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa mengenai Hakisan Pantai dan Alam Sekitar 2018 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×