KAHERAH 12 Feb. – Sebanyak 12 anggota militan terbunuh dan 92 ahli lain berjaya ditahan dalam satu pertempuran bersenjata dengan pasukan keselamatan Mesir baru-baru ini.
Manakala, dalam satu serangan udara , berpuluh-puluh ahli militan di Sinai telah ditumpaskan.
Menerusi kenyataan tentera dalam siaran televisyen yang dipetik oleh Reuters sebagai berkata, kira-kira 28 ahli militan terbunuh dalam serangan terbaharu sejak Jumaat lalu.
Tambah kenyataan itu juga, serangan tersebut turut menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang tercedera.
Presidennya, Abdel Fattah al- Sisi yang akan bertanding semula pada pilihanraya Mac ini berkata, beliau telah mengarahkan angkatan tentera pada November lalu untuk membanteras militan dalam tempoh tiga bulan selepas serangan ke atas sebuah masjid yang mengorbankan lebih 300 nyawa.
Pemberontakan tersebut menjadi cabaran besar kepada kerajaan di negara yang paling ramai penduduknya negara-negara Arab serta merupakan sekutu utama Amerika Syarikat (AS).
Abdel Fattah dipilih pada penggal pertama 2014 selepas tentera melumpuhan Presiden Islam Mohamed Mursi berikutan bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya. – REUTERS










