McLaren kembali buru khidmat Hamilton - Utusan Malaysia

McLaren kembali buru khidmat Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengarah Eksekutif McLaren, Zak Brown meng­alu-alukan kehadiran semula Lewis Hamilton untuk kembali bersama pasukan itu meskipun Mercedes menyatakan pelumba Britain itu tidak akan meninggalkan pasukannya musim ini.

Kontrak Hamilton, 33, berbaki satu musim lagi bersama Mercedes tetapi dia dijangka menandata­ngani kontrak lanjutan untuk kekal bersama pasukan itu untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Saya fikir tak ada satu pun pasukan yang tidak berminat untuk mendapatkan kepakaran Hamilton, malah ia turut menarik minat pasukan kami untuk membawanya kembali bersama Mc­Laren.

“Bagaimanapun, ia bukan satu tugas yang mudah kerana Mercedes sudah tentu akan memastikan Ha­milton kekal bersama pasukan itu satu tempoh yang lama. Saya akui jika mana-mana pasukan mendapat khidmatnya, mereka sangat ber­untung.

“Memang tidak boleh dipertikai­kan bahawa Hamilton me­mi­liki sejarah hebat da­lam perlumbaan F1. Bu­kan itu sahaja, dia juga turut mempunyai hubu­ngan yang utuh ber­sama pe­megang saham dalam saingan F1,” katanya.

Untuk rekod, Hamilton me­lakar prestasi cemerlang bersama pasukan McLaren apabila memenangi gelaran dunia pertamanya bersama pada tahun 2008 sebelum berhij­rah menyertai Mercedes pada 2013.

Hamilton tidak meng­ambil masa yang lama apabila terus menambah koleksi kejuaraan dengan meraih tiga ge­laran du­nia bersama Mercedes pada tahun 2014, 2015 dan 2017. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×