Video pergaduhan jiran berpedang samurai tular di media sosial - Utusan Malaysia

Video pergaduhan jiran berpedang samurai tular di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Video pergaduhan antara jiran yang turut memaparkan ugutan menggunakan senjata dipercayai pedang samurai menjadi tular di laman Facebook sejak kelmarin.

Difahamkan perbalahan mulut antara dua buah keluarga yang tinggal di sebuah kawasan perumahan di Paka itu berpunca daripada pergaduhan anak-anak sebelum dicampuri oleh kedua-dua ibu bapa. 

Video berdurasi satu minit 34 saat itu menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dan mula dikongsi oleh ratusan pengguna laman sosial tersebut. 

Berdasarkan video yang dirakam oleh seorang wanita, individu itu ada menyebut mengenai satu laporan polis yang sudah dibuat berkaitan rasa tidak puas hati sebelum ini. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut. 

“Tiada pihak yang tampil membuat laporan polis namun kita sudah pun bertindak dengan memanggil individu terlibat selepas video itu tular dan merampas sebilah pedang samurai. 

“Keterangan individu yang dipanggil telah dirakamkan dan satu kertas siasatan turut dibuka berhubung kes tersebut,” katanya kepada Kosmo! hari ini. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×