Kerajaan tidak pernah pinggirkan mana-mana pihak - Zahid - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak pernah pinggirkan mana-mana pihak – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Kerajaan tidak pernah dan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak sekalipun kumpulan etnik minoriti di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal ini kerana kemajuan yang ditempa dari semasa ke semasa adalah demi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Malah, katanya, kerajaan menganggap setiap seorang, etnik rumpun dan keturunan di negara ini adalah gagasan 1Malaysia.

“Jika kita ingin melihat Malaysia terus kekal merdeka, berdaulat, damai dan disanjung seluruh dunia, detik-detik bersatu perlu dicambah dan disemarakkan.

“Detik-detik bersatu yang merentasi sempadan perkauman, agama, budaya dan bahasa seperti dalam bidang sukan, ekonomi, seni budaya dan sosial adalah instrumen ajaib yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia,” katanya dalam ucapan pada Majlis Moments of Unity: Perpaduan Di Hati di Jalan Sentosa 12, Taman Sri Sentosa, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Yang turut hadir pada majlis ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×