Kementerian yakin kemampuan wanita jadi guru disiplin - Utusan Malaysia

Kementerian yakin kemampuan wanita jadi guru disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP 11 Feb. – Kementerian Pendidikan tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap kemampuan golongan wanita untuk memikul tanggungjawab sebagai guru disiplin seperti mana yang dilaksanakan oleh guru lelaki.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sama ada di bandar atau luar bandar, kementerian tidak melihat isu gender sebagai sesuatu yang perlu dipolemikkan ketika masing-masing mampu menjalankan tugas dengan baik.

“Kementerian mengakui wujudnya kekurangan guru disiplin dalam kalangan guru lelaki dan perkara itu berpunca daripada jumlah kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti tempatan yang dimonopoli pelatih wanita.

“Di IPG, jumlah pelatih wanita mencecah sehingga 70 peratus dan bersandarkan jumlah itu, sudah tentu kita berdepan masalah kekurangan guru lelaki untuk menjalankan tugas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika menghadiri kenduri kesyukuran di pekarangan Masjid ar-Rayyan, Felda Bukit Tembaga di sini, hari ini.

Tambahnya, kerjasama dijalinkan bersama pihak berkuasa termasuk polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut membantu guru-guru disiplin di negara ini untuk menjalankan tugas dengan lebih efisien. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×