Bayi mati angkara bidan - Utusan Malaysia

Bayi mati angkara bidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah melakukan siasatan awal berhubung penularan berita kematian seorang bayi yang baru dilahirkan, disyaki berkaitan dengan khidmat bidan (doula) di sebuah rumah di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. (gambar kecil) berkata, pihaknya telah me­nerima laporan polis berhubung kejadian itu dan juga laporan polis daripada seorang wanita berusia 30 tahun yang dipercayai adalah doula terbabit.

“Memang ada keluar banyak kenya­taan dalam Facebook berhubung kejadian ini dan wanita yang dikatakan doula itu juga telah tampil membuat laporan polis menafikan tuduhan bahawa dia terbabit dengan kejadian yang menyebabkan kematian bayi itu.

“Kita juga sudah merujuk dengan keluarga yang melahirkan bayi itu namun menurut kenyataan awal, mereka tiada menyebut tentang hal doula ini. Jadi, kita mulakan semula siasatan terperinci berdasarkan kenyataan dalam laman sosial itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Johor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×